Sunday, 22 April 2012

~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~


Sambungan: ~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~

FASAL KEDUA

Sebab-sebab keciciran
Sebab-sebabnya banyak, sama ada berhubung dengan:
| Gerakan
| Anggota Individu
| Faktor-faktor luar

Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan:

1. Kelemahan sudut tarbiyyah
Tarbiyyah dalam gerakan jama’ah merangkumi aspek tarbiyyah yang 7;Ruhiyah, Harakiyah, Siasiyah, Badaniyah, Kendiri, Thaqafiah, Kekeluargaan Islam
Tubuh harakah akan menjadi lemah menurut kadar kelemahan tarbiyyahnya
Semua ahli anggota harakah samada pimpinan (qiyadah) atau barisan pejuang (jundiyyah) mesti mengikut tarbiyah biar betapa sibuk atau dalam apa juga keadaan sekalipun. Pendapat beberapa ahli bahawa tidak perlu mengikuti program tarbiyah hendaklah ditolak, dalam falsafah dakwah sesorang itu pasti akan diuji dan fitnah senantiasa melanda hati manusia, justeru benteng pertahanan yang kukuh amat penting dalam menghadapi situasi ini.
hubungan individu dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan Islam. Harakah merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat)
adakah kita boleh kita mencari dua kepentingan serentak dalam harakah iaitu kepentingan diri dan kepentingan Islam?
Seseorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw; aku mengambil sikap untuk melakukan sesuatu hanya semata-mata kerana Allah, dan aku mahu supaya Allah melihat tempatku (negeriku). Rasulullah tidak menjawab apa-apa sehingga turun firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 110.

Rasulullah saw pernah bersabda, ` Aku paling takut berlaku keatas umatku syirik dan keinginan nafsu yang tersembunyi…mereka tidak menyembah matahari, bulan atau patung, tetapi mereka memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan yang tersembunyi sehingga apabila salah seorang dar mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh nafsunya dengan sesuatu keinginan maka dia meninggalkan puasanya itu’
Betapa hebatnya godaan nafsu dan betapa pentingnya keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah…. justeru melalui sistem tarbiyah yang baik mampu menghasilkan ahli yang paham akan tujuan dan peranannya dalam gerakan jama’ah itu sendiri..InsyaAllah

2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
proses pemilihan tugas yang sesuai untuk seseorang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa ataupun secara mendadak. Tabi’i marhalah(peringkat) yang akan dilalui perlu dikaji terlebih dahulu, daya dan keupayaan yang diperlukan pada setiap marhalah perlu ditentukan.
Kegagalan mengenal pasti keupayaan akan menyebabkan kegagalan dalam persediaan bantuan, seterusnya akan berlakunya kecacatan. Kecacatatan yang membesar akhirnya mengancam `amilin (barisan pekerja) dan juga`amal (kerja) itu sendiri.
terdapat beberapa contoh dalam buku yang menceritakan kesan pabila kuasa harakah itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya

3. Tidak membahagikan kerja kepada anggota
pembahagian ini penting bagi mengelakkan kelemahan dikalangan ahli. Realiti sebenar, harakah mempunyai ramai ahli namun pada kebiasaanya bukan semua ahli yang diberi tugas.
harakah perlu mengetahui kecenderungan ahli-ahli, manakala ahli pula perlu bertanggungjawab dan bergerak aktif dengan tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
ada sesetengahnya hanya memberikan tugasan kepada peringkat muda, natijahnya peringkat tua (yang dikatakan lebih matang dalam gerakan) menjadi semakin renggang dengan harakah. Kerenggangan mungkin disebabkan oleh kesibukan dan mungkin juga kesilapan harakah memilih tugas yang tidak sesuai untuk mereka.

4. Tidak mengambil berat hal ahli
ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana mereka juga faktor kejatuhan ahli dari harakah. Setiap individu punyai gaya berbeza, cabaran dan permasalahan masing-masing yang sekiranya dikongsi mampu meringankan bebanan serta mewujudkan keyakinan serta kepercayaan dalam jama’ah. Cabaran & kesusahan dalam da’wah tidak akan menjadi ringan/ hilang kecuali dengan keikhlasan sebenarnya kepada Allah dan adanya perasaan ukhuwwah.
layanan sama rata dalam gerakan jama’ah perlu diamalkan dalam apa jua keadaan antara persediaan (ahli), kepimpinan dan pengganti (ahli yang bakal menjadi pimpinan)
Sabda Rasulullah saw: bandingan orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit.

5. Tidak menyelesaikan masalah dengan segera
masalah senantiasa melanda kehidupan seharian manusia. Adakalanya masalah itu dianggap remeh, namun pabila dibincangkan mengambil masa yang lam auntuk diselesaikan dan mungkin juga menimbulkan masalah baru. Adakalanya pula masalah itu dianggap besar tetapi hanya memerlukan sepatah kata ’maaf’ ataupun satu ziarah bagi menyelesaikannya. Ada juga yang sebaliknya..pastinya setiap masalah itu ada jalan penyelesaian.
Perbincangan yang segera membolehkan masalah tersebut diseleasikan dengan segera dan mengelakkan natijah-natijah buruk sekiranya masalah tersebut berleluasa.
masalah yang tidak diselesaikan segera mungkin akan mendatangkan masalah lain yang lebih kronik


6. Pertikaian dalaman
faktor yang paling bahaya, menjadi faktor pemusnah & peruntuh harakah, menimbulkan suasana pertengkaran sehingga melambatkan gerak kerja sekaligus menarik campur tangan pengaruh luar.
antara contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah saw adalah pertikaian yang timbul antara puak ’Aus dan Khazraj setelah mereka dihasut oleh orang yahudi. Orang yahudi yang berasa sakit hat melihat keakraban puak ’Aus & Khazraj, telah menceritakan sejarah lampau tentang perang ”buath” yang berlaku antara dua puak ini. Setelah itu, mereka saling bermarah-marahan. Pabila Rasulullah saw mendapat berita tentang kejadian ini, baginda mengingatkan mereka adakah mereka masih bersama seruan jahilliyah ataupun seruan Allah, akhirnya mereka sedar & bermaaf-maafan semula.
Firman Allah: Ali-Imran 100-105

7. Pimpinan tidak layak
Antara faktor-faktor penyumbang:
kurangnya kemampuan berfikir dikalangan pimpinan, tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli. Namun ada juga yang berupaya disudut pemikiran sahaja, namun lemah disudut yang lain
kelemahan dalam pentadbiran, dimana tidak memaksimumkan kebijaksanaan & kemampuannya dalam mentadbir, serta mengabaikan kaedah-kaedah asas pentadbiran yang perlu

Disini juga diselitkan sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan
1.            mengenali da’wah
2.            mengenal diri
3.            mengambil berat tentang ahli
4.            teladan yang baik
5.            mempunyai pandangan yang mantap
6.            keazaman yang kuat
7.            daya tarikan semulajadi
8.            penuh yakin

~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~


~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~

FASAL PERTAMA

Gejala keciciran di zaman Rasulullah

Tabi’e semasa zaman Rasulullah saw manusia boleh memilih sama ada Islam ataupun Jahiliyyah, dan mereka menghalang seseorang itu untuk keluar daripada barisan Islam. Mereka menentang sesiapa sahaja yang cuba memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama’ah mereka.
Namun, realitinya kini, gerakan Islam tidak lagi sama dengan  jama’ah Islam, ertinya keluar daripada gerakan Islam tidak bermakna keluar dari agama (murtad). Jema’ah Islam kini hanya dianggap semata-mata jama’ah tidak lebih dari itu. Tabi’e kedudukan gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa merasakan dirinya bersalah dan berdosa.

Kisah 1: Kisah Ka’ab bin Malik

Sejarah pemulauan mereka yg tidak menyertai peperangan tabuk

Ka’ab bin Malik (Ka’ab dipulaukan selama 40 hari kerana tidak mengikuti peperangan Tabuk.)
Murarah ibn Ar-Rabi’
Hilal ibn Umayyah
Menurut Ibn Hisham dlm kitabnya

“Orang-orang munafik tidak ikut serta dlm perang tabuk. Demikian juga tiga orang dr orang Islam. Rasulullah SAW setibanya di Madinah mengatakan kpd para sahabatnya ` Sekali-kali jgn kamu berckp dgn salah seorg dari mereka yang bertiga itu.”
Peperangan Tabuk
semasa itu keadaan panas, melibatkan perjalanan yang jauh dan bilangan musuh yang ramai
ketika itu hasil tanaman sedang masak di Madinah
berpihak kepada kemenangan orang Islam


Pedoman:
Ka’ab mempunyai kekuatan fizikal & kemampuan pada ketika itu. Namun tidak turut serta dalam peperangan tersebut.
Sikap Ka’ab yang bertangguh dalam membuat persediaan telah menyebabkan dia tertinggal daripada menyertai peperangan tersebut. [semangat & cita-cita yang utuh amat penting dalam perjuangan ini demi menangkis serangan dalam diri yang ada ketikanya lemah]
Ka’ab berlaku benar & jujur ketika berhadapan dengan Rasulullah setelah baginda pulang dari Tabuk. [kebenaran itu tetap di utamakan..berkata benar walaupun pahit]
Ka’ab merasakan seperti seluruh penduduk bumi menolak mereka (Ka’ab, Murarah & Hilal). Rasulullah saw tidak menjawab salamnya. [hebatnya balasan yang Allah berikan]
Surat jemputan yang diterima from Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab datang ke negerinya setelah dipulaukan oleh penduduk Madinah. Ka’ab membakar surat tersebut, kerana dia sedar orang-orang musyrik sedang ingin mempengaruhinya.
Ka’ab memohon ampunan dan bertaubat. Setelah taubatnya diterima, Ka’ab berjanji senantiasa berkata benar dan ingin sedekahkan semua hartanya kepada gerakan Islam namun dinasihatkan oleh Rasulullah saw hanya seperdua daripada harta tersebut.

Kisah 2: Kisah Hatib Abi Balta’ah

Sejarah kebocoran rahsia dan pengkhianatan
Hatib menulis sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy tentang persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah saw dan diserahkan kepada seorang perempuan. Perempuan tersebut menyimpan surat tersebut dalam sanggulnya. ‘Ali berjaya mendapatkan surat tersebut daripada perempuan itu.
Apabila disoal oleh Rasulullah saw, Hatib menyatakan dia masih mempunyai seorang anak & isteri berada bersama dengan kaum Quraisy dan semua ini dilakukan untuk kebaikan anak & isterinya. Rasulullah saw memaafkan Hatib

Firman Allah swt: Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 (Jangan mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman setia)

Kisah 3: Masjid Dirar

Orang-orang Munafiqin dari kalangan orang-orang Islam cuba pecahbelahkan barisan Islam dengan pembinaan masjid yang zahirnya menunjukkan rahmat namun hakikatnya memecahkan orang-orang Islam. Rasulullah saw memerihtahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Antara lain masjid ini didirikan untuk menyaingi masjid Quba’.
Berlaku semasa Baginda sedang berangkat menuju ke Tabuk di kawasan bernama Zi Awam. Surah Al-Taubah ayat 107


Kisah 4: Hadithul Ifik

[ahlul ifki = pendusta-pendusta]
Tuduhan & tomahan orang-orang Munafiq dan penduduk Madinah untuk menjatuhkan Rasulullah saw. Kisah tuduhan ke atas `Aisyah selepas peperangan menentang Bani al-Mustaliq. `Aisyah tertinggal daripada rombongan semasa keberangkatan pulang ke Madinah kerana mencari kalongnya yang terjatuh semasa membuang air. Aisyah dibawa pulang ke Madinah dengan menunggang unta yang ditarik oleh Ibn Ma’tal. Umm al-Mukminin `Aisyah difitnahkan `berbuat jahat’ dengan sahabat Nabi.  Surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Kisah 5: Peristiwa Abu Lubabah

Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah saw mengepong Bani Quraizah selama 21 hari, ini menyulitkan merekan dan menyebabkan merekan berasa takut. Setelah yakin Rasulullah saw tidak akan kembali tetapi akan bertempur dengan mereka, Ka’ab Ibn Asad mencadangkan 3 cadangan kepada kaum Yahudi:

kita ikut Rasulullah saw [tidak setuju sebab masih berpegang teguh dengan Taurat]
kita bunuh anak-anak & isteri kita, kemudian kita perangi Rasulullah saw, supaya tiada bebanan yang kita tinggalkan kemudian nanti [mereka tidak bersetuju dan mencadangkan untuk bunuh golongan miskin yang tidak mendatangkan kebaikan]
menyerang Rasulullah secara mengejut pada malam Sabtu [mereka juga tidak bersetuju kerana menjaga kehormatan hari Sabtu, tidak mahu ditukar rupa menjadi binatang seperti yang yang berlaku kepada golongan terdahulu]

Setelah berbincang namun tiada keputusan dapat dicapai, mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw supaya Baginda menghantar Abu Lubabah Ibn `Abdul Munzir supaya masalah mereka boleh diselesaikan.
Setibanya Abu Lubabah disana, semua lelaki bangun berdiri, kanak-kanak dan perempuan menghampirinya dengan tangisan, menyebabkan Abu Lubabah berlembut hati. Pabila ditanyakan adakah lebih baik kami mengikut hukum Muhammad, Abu Lubabah menyatakan ya, kemudian mengisyaratkan tangannya ke tengkoknya (yakni mereka akan disembelih).  Abu Lubabah menyedari yang bahawa beliau telah mengkhianati Allah dan RasulNya, maka beliau dengan segera meninggalkan tempat itu dan mengikat dirinya di salah satu tiang masjid. Beliau tidak akan meninggalkan tempat itu sehinggalah Allah mengampuninya.  Abu Lababah berada dalam keadaan terikat selama 6 hari, setiap kali waktu solat, isteri beliau akan melepaskan ikatan tersebut, selepas solat beliau mengikat dirinya semula. Setelah taubat beliau diterima oleh Allah swt, turunnya wahyu diwaktu Zuhur, beliau mahu Rasulullah saw yang melepaskan ikatan tersebut.
Wahyu yang turun mengenai pengkhinatan Abu Lababah surah Al-Anfal ayat 27.

Kesimpulan fasal pertama:

peristiwa keciciran diperingkat permulaan Islam adalah terbatas. Kebanyakannya menyedari kesilapan dan segera bertaubat ( benteng daripada pemahaman akidah yang mantap)
kesucian niat, tujuan yang betul, keaslian sumber dan kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan adalah amat penting
hukuman yang dapat menghalang berleluasanya gejala keciciran adalah pabila seluruh anggota ja’maah menolak sama sekali sesiapa yang keluar dan menentang jama’ah

Wednesday, 11 April 2012

شاهد إبتسامة أحد شهداء سوريا أثناء إحتضاره ~The guy started smiling a few moments before passing away~.

ya qalb,

Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri..
Sayangku, sesungguhnya...
-Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
-Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan  daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna.
Demikian itu isteriku...
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
-Perbanyakkanlah membaca al-Quran n maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.
-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
"Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
 yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya Allah." Amin!
"Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya Iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang di Kasihi Iaitu Robbul Izzati dan Rasulullah yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku!


Ikhlas Dari Suamimu

Tuesday, 10 April 2012

~TIP MENGHADAPI MUSIBAH ~



~TIP MENGHADAPI MUSIBAH~




Seorang Muslim harus melalui anjakan paradigma agar sesuatu musibah tidak terasa berat untuk ditanggung. Ia mestilah merubah pola fikirannya sepertimana yang pernah dicontohi oleh pelbagai ulama silam.

Yang berikut adalah sebahagian kecil yang boleh saya sebutkan pada kali ini.

PERTAMA, setiap kali menghadapi musibah, kita hendaklah sentiasa menjaga fikiran kita sepositif mungkin.  

Salah satunya adalah meyakini di dalam hati bahawa musibah ini adalah suatu petanda bahawa Allah tengah mengiktiraf kita sebagai Mukmin.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Seorang Mukmin umpama pokok tanaman, setiap saat angin selalu meniupnya. Seorang munafik ibarat tumbuhan padi, ia tidak akan dicabut kecuali saat menuai.” {Sahih Muslim, Sifat al-Munafiqin wa Ahkamuhum, no. 7092.}. Ia juga meyakini bahawa musibah akan membersihkan dosa-dosanya.

Dalam Sunan at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Bala sentiasa menimpa atas diri anak-anak dan harta seorang Muslim atau Muslimah sehingga ia berjumpa Allah tanpa membawa dosa sedikit pun.” {Sunan at-Tirmizi, kitab az-Zuhd, no. 2399. At-Tirmizi berkata, “Hadis Hasan sahih.”}.

Apabila anda mengalami kecurian, cubalah lakukan seperti kisah yang diceritakan al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ini.

Suatu ketika, seorang lelaki soleh kehilangan wangnya. Setelah mencari, baru ia menyedari bahawa seseorang telah mencuri wang itu daripadanya. Lalu ia segera berkata, “Semoga Allah memberkatinya. Mungkin ia lebih memerlukan wang itu daripada saya.”

KEDUA, membayangkan betapa besarnya balasan Allah untuk setiap musibah yang dihadapi.

Apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang wajar kita lakukan adalah membayangkan betapa besarnya balasan Allah untuk setiap musibah yang dihadapi dengan hati yang tenang dan penuh keredhaan.

Dalam riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya balasan Allah sesuai dengan besarnya bala (dugaan). Sesungguhnya Allah, jika sedang mencintai suatu kaum, maka dia akan menimpakan bala kepadanya. Sesiapa yang redha, maka ia akan mendapat keredhaan (daripada Allah). Sesiapa yang benci, maka ia akan mendapat kebencian.” {Sunan at-Tirmizi, kitab az-Zuhd, no. 2396. Beliau berkata, “Hadis Hasan gharib daripada jalur ini.”}.

Suatu hari, seorang wanita solehah, isteri Imam Fath al-Musili, tersandung sehingga patah kuku jari kakinya. Beliau hanya tertawa melihat darah mengalir dari jarinya itu. Seseorang bertanya, “Tidakkah engkau berasa sakit?” Lalu ia menjawab, “Kelazatan pahalanya mengalahkan kesakitan itu.”

KETIGA, kita hendaklah berfikir secara mendalam tatkala melihat musibah dengan memerhatikan dari pelbagai sudut.

Jika itu kita lakukan, kita akan menyedari bahawa musibah ini sebenarnya sangat kecil berbanding kebesaran ni’mat yang kita miliki.

Suatu hari, seseorang mengeluh tentang kesulitan hidupnya kepada Muhammad bin Samak, seorang imam yang sangat zuhud. Ia mengeluh akibat lilitan hutang dan kesulitan untuk mendapatkan wang. Lalu Ibnu Samak bertanya kepadanya, “Berapakah wang yang engkau perlukan?” Ia menjawab, “Sepuluh ribu.”

Ibnu Samak bertanya lagi, “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi matamu hilang?” Si fakir menjawab, “Tidak mahu.”

Ulama itu berkata lagi, “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi lidahmu bisu?” Dia menjawab, “Tidak mahu.”

“Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi kaki dan tanganmu terputus?”  

Sekali lagi orang itu menjawab, “Saya tidak mahu.”
Lalu ulama yang bijak itu berkata, “Nah, kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tapi mengapa masih bersedih!”

LATIHAN  

Sikap sabar menghadapi musibah ini tidak mudah diraih oleh setiap orang. Ia memerlukan latihan yang panjang sebelum seseorang dapat memperoleh sifat yang amat terpuji ini.

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan Sahl bin Abdillah at-Tustari (w. 283H), “Apabila seseorang terbiasa bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan terbiasa bersabar meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu, Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar dalam menerima ketentuan-Nya.”







Sunday, 8 April 2012

~FATTABIOUNI~

~FATTABIOUNI~

 generasi y mengikuti & mengamalkan  jejak langkah rasulillah s.a.w.


fattabiouni

  • ittiba' + iman + hubbun nabi s.a.w
  1. إعتبأ  =  sbg tanda kita beriman kpd ALLAH
  2. إ يمان=  satu kewajipan
  3. (حب النبي (ص = puncak iman 100% & penggerak kpd iman




  • Rasulullah s.a.w mempunyai daya penarik yang sangat kuat mencakupi sikap, tingkah laku, khulk
  •  bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula  amalan seharian kita sepatutnya mengikuti sunnatullah..  ( imam Al-Ghazali dlm kitabnya bidayatul hidayah)  bagaimana nabi muhammad s.a.w dalam aktiviti seharian baginda.?? 
  • cintakan nabi, sampaikan apa yang baginda sampaikan.
  • jika rasa iman lemah,ikutilah jemaah yang benar untuk recharge iman
  • suami...salah pilih isteri boleh jadi penyebab terhijab, kene pilih isteri boleh jadi penbuka hijab. semuanya bergantung pada Allah.
KESIMPULAN : apa yang baginda Muhammad s.a.w buat, kita buat. apa yang menjadi ikecintaan baginda kita cinta..






Graduation Picture 1




Saturday, 7 April 2012

~Precious Life~ A.K.A kisah hijrah

~Precious Life~


Recently a sister at a gathering walked in with no hijab or much knowledge saying, "You know for about 20 years i use to pray, i use to wear hijab, i use to give sadaqa, i use to do this and do that,..i think i've done enough. 20 years ! Now i deserve to have a good time" Allahu Akbar ! Compare that to Imam Ahmad ibn Hanbal (rahimuAllah).

He was in his deathbed, being in a state of Sakaratul Maut(intoxication of death) when his son heard him say the following word 'not yet, not yet!' Upon hearing this, his son got worried, took it as a bad sign, that his father is worried/scared to meet Allah. At the time of a believer, Allah puts a certain tranquility and serenity touches their heart.

So, when he awoke his son asked his father, 'o father, what was that you were saying?' Imam Ahmad replied 'the shaaytan just came to me, and he tried to trick me saying "O Ahmad, you have surely escaped my hold, i couldn't trick you." and i said to him 'not yet, not yet! i have not escaped your trickery yet ( meaning the battle between me and you are not over yet ) and now you are trying to trick me saying i've escaped so that i let my guards down, but in fact the battle is not over until my soul reaches my gargling point''"

SubhanAllah! Ya Akwan, do not be fooled by the tricks that shaaytan has planned, to mesmerize you into praising this life for your Akhira (Hereafter). Every moment ever minute ever second will be at your benefit for eternal peace. No one knows when our time of death will approach us, so be prepared. Surely 'From Him we came, to Him is our Return' [al-Qur'an:2:156] 



precious life... bila kita diberi kesempatan u berubah.. .inilah ceritaku.. thanks ALLAH for giving me the golden opportunity to repent from my kejahilan. kisah hijrah seorang wanita y bergelar muslimah namun tdk sebenar2 mempraktikkannya.. ALLAH.. sayangnya tuanku pada hambany, DIA mengutuskan sahibi y byk menegur n mentarbiah ku ..sahibi ku y disayangi krn ALLAH, syukran jazilan krn dikau lah wasilah u ku mjd transformer n..ehhhheee. kalu dulu tudung  sekadar ambil  syarat, skrg bkn keparat.. kalau dulu jeans y sendat kini jubah sbg azimat..kalau dulu pergaulan bebas,kini ikhtilat lbh terbatas. ALLAH.. alangkah indahnya hidup bersyariat..andai bisa, ingin sj aku kongsikan kegembiraan n ketenangan ini pada seisi dunia..
 With every blink of an eye, I can't help but feel blessed. Alhamdulilah ♥~A Reminder to All those who are Swift to Point fingers: ”When you see someone who is not as religious, remember that you were once on the edge of the fire, and it was Allah Subhaana wa Ta’ala’s favor upon you to guide you. Arrogance will wipe away any goodness from the transformation." 

Friday, 6 April 2012

~TARBIAH DZATIAH~

~TARBIAH DZATIAH~



DEFINISI :


  •  sejumlah wasilah tarbiah y diberikan seorang muslim kpd dirinya sendiri .
  • self-tarbiah u bentuk peribadi islam y sempurna mencakupi ilmu + iman +akhlak n so on..
  •  penerusan terhadap tarbiah jama'iah ( usrah, mabit, daurah,mukhayyam,dll)
KEPENTINGAN :

  • islah nafsak, wadu' ghairak. td x terlalu robotik malah lbh kreatif , surah at-Tahrim;6
  • jk xmau mentarbiah diri sendiri, sape y nk tarbiah kite? justeru pentingnya td
  • hari akhirat jg bersifat individu . (kita x dihisab mengikut jamaah atau mgikut institusi k npe la... )
  • plg efektif way krn individu lbh tahu kelemahan diri sendiri
  • wasilah u terus istiqamah dgn ajaran islam even jauh dr murabbi / ikhwah
  • cr efektif u mendakwah. sebenarnya, peranan naqib lbh bsr slps usai shj tasbih kaffarah

^___^  yang belum kuat ,perlukan bi'ah, y da mantap, tarbiah dzatiah(td) mampu membimbing.

MEDIUM TARBIAH DZATIAH ( TD)

  1. doa                        تربية الذاتية       
  2. muhasabah
  3. taubat
  4. cari ilmu
  5. byk amal ( tilawah,ta'lim,tazkiyatu nafs) sbg komponen utama u membentuk masyarakat
  6. perhatikan akhlak
  7. terlibat dlm aktiviti dakwah
  8. mujahadah ( bersungguh2)

^____^  menurut prof syed Naqiub Al-Attas,, zmn ini adalah zmn terjemahan ilmu dan bkn lg zmn penghafalan semata2. justeru, bibitkan rasa cinta akan ilmu.

 inilah teori y boleh & biasa diguna di mana2 sj y akhirnya mjd catalyst a.k.a pemangkin u khairu ummah
Show More Graduation Pictures, Images

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura