~FASAKH~
ini adalah hasil kkp fiqh ana & partner hebat ana, Bazmila Binti Razali >> ppismp 2.04
Maksud fasakh
Dari segi bahasa bermaksud membatalkan.
Dari segi istilah ialah
membatalkan ikatan perkahwinan dengan budi bicara hakim.
Pelaksanaan fasakh
1)Berpunca dari alasan-alasan
yang tidak nyata.
= Terdapat pertelingkahan pendapat
terutama pihak yang terlibat yang memerlukan pengadilan dan pemerhatian dari
hakim dalam membuat keputusan.Contohnya,kegagalan suami member nafkah.Suami
mengatakan bahawa ia telah member nafkah,sedangkan isteri menafikannya.
2)Berpunca dari alasan
yang jelas.
= Pengadilan hakim tidak diperlukan
kerana fasakh sudahpun berlaku,tetpi peranan hakim hanyalah mengesahkan bahawa
perkahwinan itu telah terbatal.Contohnya,murtad,suami atau isteri memeluk
islam,tetapi muncul halangan secara tiba-tiba,
Alasan yang membolehkan fasakh.
1)Suami tidak mampu
member mahar atau member nafkah.
2)Keputusan fasakh
yang dicadangkan oleh hakam
3)Kecacatan pada
organ seks suami.
4)Kecacatan anggota.
5)Suami isteri
terdiri daripada saudara sesusu.
6)Perkara yang
muncul secara tiba-tiba yang boleh mengharamkan perhubungan kedua suami isteri.
7)Salah seorang
daripada suami isteri menjadi tawanan perang.
8)Perpisahan kerana
murtad
9)Li’an
10)Perpisahan kerana
tidak diketahui akad yang terdahulu.
11)Kedua-dua saksi
fasik.
Pembatalan perkahwinan secara fasakh
menurut mazhab.
1)Mazhab Hanafi
=Apabila berlainan
negara antara suami isteri.Jika musta’man,tidak terfasakh perkahwinan kerana
dia masih mempunyai niat untuk kembali semula ke negaranya.
=Aqad tekah terbatal
kerana tanpa saksi
=Aqad dibuat
bertempoh
=Pertalian yang
mengharamkan perkahwinan
=Halangan yang
mendadak seperti tiba-tiba diketahui isteri pertama adalah ibu susuan kepada
isteri kedua,
=Salah satu pihak
murtad.
2)Mazhab
Maliki
=Aqad fasik seperti
mut’ah
=Sebab perhubungan
susuan
=Li’an
=Apabila salah satu
pihak memeluk islam
3)Mazhab
Hanbali
=Gila
=Sopak
=Kusta
=Kecacatan organ
seks atau suami tidak berdaya melakukan perhubungan perkelamian
ALASAN YANG DIBENARKAN MENUNTUT FASAKH
1)
Fasakh kerana suami tidak mampu memberi nafkah
dan mahar
Mazhab Hanbali : apabila mahar
ditentukan secara tunai,dan suami tidak mampu membayarnya maka pihak isteri
boleh menuntut fasakh jika sebelum berlaku hubungan perkelamian.
Mazhab
Hanafi : isteri tidak boleh
menuntut fasakh sekiranya suami tidak mampu membayar mahar dan member
nafkah.Pendapat ini berdasarkan surah Al-Talaq ayat 7
÷,ÏÿYãÏ9 rè 7pyèy `ÏiB ¾ÏmÏFyèy ( `tBur uÏè% Ïmøn=tã ¼çmè%øÍ ÷,ÏÿYãù=sù !$£JÏB çm9s?#uä ª!$# 4 w ß#Ïk=s3ã ª!$# $²¡øÿtR wÎ) !$tB $yg8s?#uä 4 ã@yèôfuy ª!$# y÷èt/ 9ô£ãã #Zô£ç ÇÐÈ
7.
hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa
Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang
diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang
Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan
sesudah berlakunya kesusahan.
Imam Syafi’e ,Ahmad bin Hanbal dan Malik telah bersepakat bahawa
fasakh boleh dilakukan jika pihak suami tidak mampu menyediakan nafkah,Hujah
mereka ialah
1)
#sÎ)ur ãLäêø)¯=sÛ uä!$|¡ÏiY9$# z`øón=t6sù £`ßgn=y_r& Æèdqä3Å¡øBr'sù >$rá÷èoÿÏ3 ÷rr& £`èdqãmÎh| 7$rã÷èoÿÏ3 4 wur £`èdqä3Å¡÷IäC #Y#uÅÑ (#rßtF÷ètGÏj9 4 `tBur ö@yèøÿt y7Ï9ºs ôs)sù zOn=sß ¼çm|¡øÿtR 4 wur (#ÿräÏFs? ÏM»t#uä «!$# #Yrâèd 4 (#rãä.ø$#ur |MyJ÷èÏR «!$# öNä3øn=tæ !$tBur tAtRr& Nä3øn=tæ z`ÏiB É=»tGÅ3ø9$# ÏpyJõ3Åsø9$#ur /ä3ÝàÏèt ¾ÏmÎ/ 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# (#þqãKn=ôã$#ur ¨br& ©!$# Èe@ä3Î/ >äóÓx« ×LìÎ=tæ ÇËÌÊÈ
231.
dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir)
habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang
baik atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik. dan janganlah kamu pegang
mereka (rujuk semula Dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak
melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa Yang melakukan demikian maka
Sesungguhnya Dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan
ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah
nikmat Allah Yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa Yang diturunkan
kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran
kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah:
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
ß,»n=©Ü9$# Èb$s?§sD ( 88$|¡øBÎ*sù >$rá÷èoÿÏ3 ÷rr& 7xÎô£s? 9`»|¡ômÎ*Î/ 3 wur @Ïts öNà6s9 br& (#räè{ù's? !$£JÏB £`èdqßJçF÷s?#uä $º«øx© HwÎ) br& !$sù$ss wr& $yJÉ)ã yrßãm «!$# ( ÷bÎ*sù ÷LäêøÿÅz wr& $uKÉ)ã yrßãn «!$# xsù yy$oYã_ $yJÍkön=tã $uKÏù ôNytGøù$# ¾ÏmÎ/ 3 y7ù=Ï? ßrßãn «!$# xsù $ydrßtG÷ès? 4 `tBur £yètGt yrßãn «!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqãKÎ=»©à9$# ÇËËÒÈ
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu
hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya
itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara
Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang
telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali
jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum
Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan
aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran
(tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai
pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka
janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum
Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
Melalui ayat diatas,suami hendaklah mentalak isteri,dan sekiranya
ia tidak melakukan maka hakim akan mengambil tempatnya.
2)Sabda Rasulullah
s,a,w yang bernaksud “Tidak memudarat dan tidak saling memudaratkan.”Memegang
isteri tanpa memberi nafkah asalah memedaratkannya.Tugas hakim ialah
menghindarkan kemudaratan tersebut dengan menamatkan perkahwinan yang
menyebabkan kemudaratan tersebut.
3)Sekiranya hakim
dibenarkan untuk memisahkan antara suami isteri dengan sebab kecacatan yang
berkaitan hubngan perkelamian yang mana perkara tersebut merupakan satu
kezaliman dengan tidak memberi nafkah adalah tidak dapat dielakkan lagi
sekiranya dituntut oleh isteri.\
Mereka
berbeza pendapat tentang pembuktian ketidakmampuan pihak suami.
Pendapat Imam Malik =Ketidakmampuan
pihak suami hendaklah dibuktikan atau disabitkan dengan pengakuan isteri.Aduan
boleh dibuat setelah sebulan suami gagal memberi nafkah.Begitu juga dengan
tempat tinggal dan pakaian.Ia termasuk dalam nafkah.
Pendapat Imam
Sya’fie =Ketidakmampuan hendaklah disabitkan dengan bukti atau pengakuan
suami.Fasakh boleh boleh dilakukan sebelum hubungan perkelamian dan pihak
isteri tidak bolah lagi sabar dengan ketidakmampuan suami,Kadar nafkah yang
diambil kira kedudukan suami.Isteri
boleh menuntut fasakh sekiranya suami gagal menyediakan makanan asasi
2)
Fasakh kerana aib atau kecacatan
Mazhab
Sya’fie
Kecacatan yang dibolehkan mana-mana pihak menuntut fasakh ialah jika
pasangannya menghidap penyakit gila,kusta,sopak,kecacatan organ seks dan tidak
berupaya melakukan hubungan perkelamia.Sebaliknya jika kecacatan yang tidak
menghalang melakukan hubungan kelamin,maka ia tidak boleh menuntut fasakh.
Sekiranya berlaku
kecacatan yang dinyatakan seperti diatas selepas aqad nikah,sama ada sebelum
atau selepas berlaku hubungan perkelamian maka boleh menuntut fasakh.Adapun ‘unnah
(mati pucuk) ianya dikecualikan jika telah berlaku hubungan kelamin .Sekiranya
penyakit itu boleh diubati maka gugurlah fasakh.
Mazhab
Hanbali
Membolehkan suami
atau isteri menuntut fasakhsekiranya kecacatan itu menghalang dari melakukan
hubungan kelamin iaitu kecacatan organ seks suami atau isteri atau
ketidakupayaan melakukan hubungan kelamin.Selain dari itu,penyakit yang
merbahaya dan mudah dijangkiti dan berjangkit seperti sopak,gila, dan kusta
juga termasuk dalam kategori kecacatan yang membolehkan fasakh.
Mazhab
Hanafi
Ketidakupayaan suami
untuk melakukan hubungan kelamin dan kecacatan pada organ seks sahaja sebagai
kecacatan yang membolehkan salah satu pihak menuntut fasakh.Berkenaan
pembuktian,maka ianya mestilah terlebih dahulu dibuktikan didepan hakim.
3)Fasakh kerana tidak setara (kufu’)
Kufu’ bermaksud setara atau sama.Ia bermaksud
suami isteri setaraf dalam beberapa
aspek tertentu.Kufu’ merupakan hak calon isteri dan walinya dan
hak tersebut boleh mereka gugurkan,
Pendapat
mazhab mengenai kufu’
Mazhab
Syafi’e : Aspek yang diambilkira ialah dari surut nasab,kemuliaan,tidak
cacat,pekerjaan dan kebebasan diri(merdeka atau hamba)
Mazhab
Hanafi : Kesetaraan yang diambik kira ialah dari sudut nasab,agama,dan harta.
Abu yusuf
dan Muhammad : Mengambilkira dari aspek pekerjaan.
Mazhab
Hanbali : Diambilkira dari sudut agama,keturunan,kebebasan diri(merdeka
atau hamba) pekerjaan dan kekayaan.
Mazhab
Maliki : Mengkhususkan aspek agama sahaja perlu setara bagi dipenuhi oleh
pihak suami.
Di dalam enakmen
Keluarga Islam di Malaysia sendiri ada memperuntukkan disebut bahawa
isteri,telah dikahwinkan oleh bapa atau penjaganya yang lain sebelum ia
mencapai umur 16 tahun,menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun.
Sependapat ulama’
= sekiranya wali mengahwinkan anak perempuan
dengan wali yang tidak sekufu
maka,perempuan tersebut berhak menuntut fasakh
=.Begitu juga
dengan perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak sekufu,maka
walinya berhak menuntut fasakh.
= Sekiranya
wali aqrab yang mengahwinkan seorang perempuan dengan keizinannya,maka wali
ab’ad tidak berhak menuntut fasakh.
=Sekiranya
seorang wali mengahwinkan seorang perempuan dengan lelaki yang tidak sekufu
dengan kededhaanya,sedangkan wali lain yang dalam tingkatan yang sama tidak
bersetuju maka mereka berhak menuntut fasakh.
4)Fasakh kerana Murtad
Pengertian
murtad = Keluar dari agama islam sama
ada melalui azam,perkataan perlakuan,dan kepercayaan.
>
Seorang lelaki murtad tidak boleh berkahwin sebelum atau sesudah
ditahan(supaya ia bertaubat.
>
Seorang lelaki yang murtad yang mempunyai isteri dan telah melakukan
hubunagn perkelamian dengan isterinya maka ia tidak bertaubat sebelum isterinya
habis iddah,terbatallah perkahwinan tersebut.
>
Jika salah satu pihak murtad,sedangkan belum berlaku perhubungan
perkelamian maka perkahwinan tersebut batal dan pihak isteri tidak perlu beriddah.
>
Kalau puhak suami yang murtad,maka ia mesti memberi setengah daripada
mahar kepada isterinya kerana sebab fasakh berpunca dari pihaknya,
> Jika isteri murtad,maka ia tidak mendapat
apa-apa.
5)Fasakh kerana memeluk Islam
> Apabila pihak suami memeluk islam,sedangkan
isterinya bukan dari ahli kitab maka perkahwinan itu terbatal.
>
Jika pihak isteri yang memeluk islam ketika dalam tempoh iddah maka
perkahwinan itu tetap kekal
>
Jika isteri tersebut tergolong dalam wanita ahli kitab maka perkahwinan
itu kekal.
> Jika kedua-dua perkahwinan itu juga kekal
FASAKH KERANA SUAMI HILANG ATAU DIPENJARA
|
|
Berpendapat isteri tidak
berhak menuntut fasakh
|
Alasan : tidak ada dalil
syarak yang membenarkan
|
Membenarkan
|
Dengan sebab suami yang hilang bagi tempoh yang lama kerana memudaratkan
isteri sepanjang ketiadaannya.
Mazhab syafi’I,Hanbali,Maliki,dan
Hanafi berpendapat bahawa
isteri yang kehilangan
suami tanpa diketahui hendaklah menunggu
sehingga diyakini kematiannya dan
dia
diceraikan.
TEMPOH
KEHILANGAN
Mazhab
Hanafi :: isteri perlu menunggu sehingga umur suaminya mencapai 120
tahun. Maka , hakim berhak untuk memisahkan keduanya dan isteri dibolehka
beriddah selepas itu.
Mazhab
Hanbali :: isteri perlu menunggu 4 tahun jika kehilangan itu dalam
keadaan yang zahirnya ia akan mati( kemalangan). Manakala dalam keadaan yang
zahirnya ia selamat (musafir) ,maka hendaklah menunggu sehingga suami 90 tahun.
Mazhab
Maliki ::mempunyai empat tempoh bergantung kepada bentuk
kehilangannya.
i.
Kehilangan dalam
Negara islam -> seperti akibat penyakit yang merebak maka
isteri perlu menunggu 4 tahun
ii.
Kehilangan di negar
kafir-> maka isteri kena menunggu berdasarkan tempoh umur suaminya
iaitu 70 tahun. Selepas umur tersebut,barulah hakim mensabitkan kematiannya.
i.
Kehilangan kerana
berperang sesame islam -> maka tempoh menunggu ialah 4 tahun
dihukumkan sabagaimana kes pertama.
ii.
Kehilangan kerana
berperang dengan orang kafir -> tempoh mununggu bagi isteri ialah
setahun setelah dilakukan siasatan akan kehilangannya.
Tidak terdapat nas yang jelas
Mazhab
Maliki :
Ø membenarkan fasakh dengan sebab dipenjara dengan
mengqiaskannyankepada keharusan fasakh dengan sebab hilang dengan syarat
kehilangan tersebut mestilah setahun atau lebih
Fuqaha’
di Mesir :
Ø
bependapat bahawa suami
yang telah dihukum penjara secara muktamad selama tiga tahun atau lebih
dianggap menyamai suami yang telah hilang selama setahun atau lebih yang
memungkinkan pihak isteri mengalami darar.
Ø
Isteri boleh meminta fasakh
setelah setahun suami menjalani hukuman tersebut.
Ø
Isteri perlu membuktikan 5
perkara berkenaan dengan hukuman penjara ke atas pihak suami :
i.
Hukuman penjara telah
dikenakan terhadap suaminya.
ii.
Tempoh penjara selama 5
tahun atau lebih
iii.
Hukuman tersebut adalah
muktamad
iv.
Hukuman tersebut terus
berkuatkuasa ke atas pihak suami
v.
Suami telah menjalani
hukuman selama setahun atau lebih
Di
Malaysia :
Ø
Peruntukan : member
tempoh kepada isteri selama 7 tahun atau
lebih sebelum mahkamah boleh mengisytiharkan kematian suaminya yang dipercayai
meninggal atau hilang.
Ø
Kedah dan Pahang >> tidak menentukan had masa kehilangan suami
Ø
Perak>> tidak
memperuntukkan langsung
Ø
Sarawak >> tempoh
kehilangan yang membolehkan menuntut fasakh ialah 3 tahun atau lebih.