Thursday 13 December 2012

~BERHALA MODEN~


~BERHALA MODEN~

Photobucket

12.12.2012,rabu

Misi utama Rasulullah s.a.w  adalah untuk menghapuskan semua berhala yang meracuni minda manusia. Baginda datang untuk membebaskan  manusia daripada akidah dan ideologi yang sering kali memperhambakan manusia, dan mengajak mereka untuk tidak menyembah sesuatu pun selain Allah s.w.t.
            



          :)   Berhala ialah simbol tuhan palsu. Ia dicipta oleh iblis dan menyerupai bermacam-macam bentuk. Berhala pernah berbentuk batu seperti Lata dan Uzza. Ia juga pernah berbentuk penguasa yang kuat seperti Firaun dan Namrud. Pada zaman ini, berhala sudah berbentuk duit (wang).

             :) manusia menyembah duit sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Duit menjadi motivasi dan penggerak semua aktiviti manusia masa kini. Manusia belajar kerana duit. Manusia bekerja bertungkus lumus untuk mendapatkan duit. Duit berkuasa membuatkan seseorang tertawa mahupun menangis.
         :)   Kerana duit, sebahagian manusia rela melepaskan imannya. Kerana duit, mereka rela menjual diri dan memutuskan silaturrahim. Sungguh rugi orang yang menjadi hamba duit.
         :)   Nabi s.a.w . pernah bersabda yang bermaksud, “celakala hamba dinar,hamba dirham dan hamba pakaian. Jika diberi, gembira, jika tidak diberi, tidak gembira”. (riwayat al-bukhari)
           :)  Sebagai umat Muhammad s.a.w., kita mesti sedar hakikat ini. Jauhkan gaya hidup yang meihat wang sebagai penentu segala-galanya. Kita bukan hamba wang, kita ialah hamba Allah s.w.t. kita mencari wang kerana ia satu alat dan cara untuk menjalankan kewajipan kita sebagi hamba Allahs.w.t.
Wallhua’lam.

Photo: "Demi sesuatu yang kita nak, kita sanggup lakukan-berikan-korbankan segalanya.

Demi Allah, camana plak?"

--
diabadikan di belog: http://selamattinggal.blogspot.com/2012/12/demi-allah.html
.::. A’la kulli hal, dalam usaha mengukuhkan ekonomi keluarga, jangan pula anak-anak dipinggirkan.
:)



Manusia perlu hibernasi
Assalamualaikum  dan salam perjuangan..
Cuaca sejuk yang sedang melanda bumi Moscow kini memberi keunikan  yang tidak terdapat di tanah air sendiri.
            Hibernasi memberi gambaran  yang mana sesuatu makhluk  terutama haiwan akan tidur dan mmencilkan diri di dalam sarang mahupun  tempat tinggalnya untuk tidur ketika musim sejuk.
            Tetapi bagaimana pula hibernasi bagi manusia? Adakah manusia juga berhibernasi? Bagaimana keadaan mereka tidak makan dan minum  dalam tempoh beberapa bulan.
            Mungkin kita belum sampai ke tahap itu. Namun , terdapat bebrapa kajian dijalankan bagi membolehkan manusia berhibernasi seperti  seperti  dilakukan oleh Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson di Seattle, Amerika Syarikat.
Mereka menggunakan cacing dan tikus makmal sebagai bahan ujian terhadap hidrogen sulfida  hingga menyebabkan metabolisma  mereka menjadi sangat perlahan dan seakan mati.
            Namun, setelah diberikan udara biasa iaitu oksigen,haiwan uji kaji tersebut kembali normal dan hidup seperti biasa tanpa sebarang kesan sampingan.
            Itu merupakan antara peringkat awal kajian yang mereka lakukan dan ternyata teknologi  untuk hibernasi  manusia  mungkin masih jauh.
            Namum, jika kita merujuk kembali kepada sejarah hibernasi manusia, ia berlaku  bukanlah seperti haiwan. Sebaliknya, kita Cuma berehat  daripada perkara yang mengusutkan dan memberi peluang kepada diri untuk berehat.
            Kisah nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh, semasa baginda mahu diangkat menjadi nabi,baginda memencilkan diri di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira.
            Baginda cuba manjauhkan diri daripada masyarakat Arab Jahiliah  yang sememangnya  telah rosak seperti  melakukan pembunuhan kanak-kanak dan sebagainya.
            Itu adalah contoh hibernasi yang  terbaik  untuk manusia,berehat daripada sesuatu perkara  yang boleh membuatkan manusia itu berfikir  sebelum melakukan sesuatu tindakan.
            Pelbagai cara boleh dilakukan seperti keluar  dari kepompong  kehidupan biasa  dan pergi  mencari ketenangan,merehatkan minda yang kusut dengan pelbagai masalah dan sebagainya.
            Komputer yang digunakan pun perlu berehat, kereta yang digunakan seharian juga perllu rehat. Begitu juga manusia perlu berehat bukan sahaja dari segi fizikal,bahkan juga mental.
Wallahua’lam.
9.12.2012 ahad
            

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura