Sunday 22 April 2012

~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~


Sambungan: ~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~

FASAL KEDUA

Sebab-sebab keciciran
Sebab-sebabnya banyak, sama ada berhubung dengan:
| Gerakan
| Anggota Individu
| Faktor-faktor luar

Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan:

1. Kelemahan sudut tarbiyyah
Tarbiyyah dalam gerakan jama’ah merangkumi aspek tarbiyyah yang 7;Ruhiyah, Harakiyah, Siasiyah, Badaniyah, Kendiri, Thaqafiah, Kekeluargaan Islam
Tubuh harakah akan menjadi lemah menurut kadar kelemahan tarbiyyahnya
Semua ahli anggota harakah samada pimpinan (qiyadah) atau barisan pejuang (jundiyyah) mesti mengikut tarbiyah biar betapa sibuk atau dalam apa juga keadaan sekalipun. Pendapat beberapa ahli bahawa tidak perlu mengikuti program tarbiyah hendaklah ditolak, dalam falsafah dakwah sesorang itu pasti akan diuji dan fitnah senantiasa melanda hati manusia, justeru benteng pertahanan yang kukuh amat penting dalam menghadapi situasi ini.
hubungan individu dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan Islam. Harakah merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat)
adakah kita boleh kita mencari dua kepentingan serentak dalam harakah iaitu kepentingan diri dan kepentingan Islam?
Seseorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw; aku mengambil sikap untuk melakukan sesuatu hanya semata-mata kerana Allah, dan aku mahu supaya Allah melihat tempatku (negeriku). Rasulullah tidak menjawab apa-apa sehingga turun firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 110.

Rasulullah saw pernah bersabda, ` Aku paling takut berlaku keatas umatku syirik dan keinginan nafsu yang tersembunyi…mereka tidak menyembah matahari, bulan atau patung, tetapi mereka memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan yang tersembunyi sehingga apabila salah seorang dar mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh nafsunya dengan sesuatu keinginan maka dia meninggalkan puasanya itu’
Betapa hebatnya godaan nafsu dan betapa pentingnya keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah…. justeru melalui sistem tarbiyah yang baik mampu menghasilkan ahli yang paham akan tujuan dan peranannya dalam gerakan jama’ah itu sendiri..InsyaAllah

2. Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
proses pemilihan tugas yang sesuai untuk seseorang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa ataupun secara mendadak. Tabi’i marhalah(peringkat) yang akan dilalui perlu dikaji terlebih dahulu, daya dan keupayaan yang diperlukan pada setiap marhalah perlu ditentukan.
Kegagalan mengenal pasti keupayaan akan menyebabkan kegagalan dalam persediaan bantuan, seterusnya akan berlakunya kecacatan. Kecacatatan yang membesar akhirnya mengancam `amilin (barisan pekerja) dan juga`amal (kerja) itu sendiri.
terdapat beberapa contoh dalam buku yang menceritakan kesan pabila kuasa harakah itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya

3. Tidak membahagikan kerja kepada anggota
pembahagian ini penting bagi mengelakkan kelemahan dikalangan ahli. Realiti sebenar, harakah mempunyai ramai ahli namun pada kebiasaanya bukan semua ahli yang diberi tugas.
harakah perlu mengetahui kecenderungan ahli-ahli, manakala ahli pula perlu bertanggungjawab dan bergerak aktif dengan tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
ada sesetengahnya hanya memberikan tugasan kepada peringkat muda, natijahnya peringkat tua (yang dikatakan lebih matang dalam gerakan) menjadi semakin renggang dengan harakah. Kerenggangan mungkin disebabkan oleh kesibukan dan mungkin juga kesilapan harakah memilih tugas yang tidak sesuai untuk mereka.

4. Tidak mengambil berat hal ahli
ketiadaan perhatian terhadap kedudukan ahli dan suasana mereka juga faktor kejatuhan ahli dari harakah. Setiap individu punyai gaya berbeza, cabaran dan permasalahan masing-masing yang sekiranya dikongsi mampu meringankan bebanan serta mewujudkan keyakinan serta kepercayaan dalam jama’ah. Cabaran & kesusahan dalam da’wah tidak akan menjadi ringan/ hilang kecuali dengan keikhlasan sebenarnya kepada Allah dan adanya perasaan ukhuwwah.
layanan sama rata dalam gerakan jama’ah perlu diamalkan dalam apa jua keadaan antara persediaan (ahli), kepimpinan dan pengganti (ahli yang bakal menjadi pimpinan)
Sabda Rasulullah saw: bandingan orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit.

5. Tidak menyelesaikan masalah dengan segera
masalah senantiasa melanda kehidupan seharian manusia. Adakalanya masalah itu dianggap remeh, namun pabila dibincangkan mengambil masa yang lam auntuk diselesaikan dan mungkin juga menimbulkan masalah baru. Adakalanya pula masalah itu dianggap besar tetapi hanya memerlukan sepatah kata ’maaf’ ataupun satu ziarah bagi menyelesaikannya. Ada juga yang sebaliknya..pastinya setiap masalah itu ada jalan penyelesaian.
Perbincangan yang segera membolehkan masalah tersebut diseleasikan dengan segera dan mengelakkan natijah-natijah buruk sekiranya masalah tersebut berleluasa.
masalah yang tidak diselesaikan segera mungkin akan mendatangkan masalah lain yang lebih kronik


6. Pertikaian dalaman
faktor yang paling bahaya, menjadi faktor pemusnah & peruntuh harakah, menimbulkan suasana pertengkaran sehingga melambatkan gerak kerja sekaligus menarik campur tangan pengaruh luar.
antara contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah saw adalah pertikaian yang timbul antara puak ’Aus dan Khazraj setelah mereka dihasut oleh orang yahudi. Orang yahudi yang berasa sakit hat melihat keakraban puak ’Aus & Khazraj, telah menceritakan sejarah lampau tentang perang ”buath” yang berlaku antara dua puak ini. Setelah itu, mereka saling bermarah-marahan. Pabila Rasulullah saw mendapat berita tentang kejadian ini, baginda mengingatkan mereka adakah mereka masih bersama seruan jahilliyah ataupun seruan Allah, akhirnya mereka sedar & bermaaf-maafan semula.
Firman Allah: Ali-Imran 100-105

7. Pimpinan tidak layak
Antara faktor-faktor penyumbang:
kurangnya kemampuan berfikir dikalangan pimpinan, tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli. Namun ada juga yang berupaya disudut pemikiran sahaja, namun lemah disudut yang lain
kelemahan dalam pentadbiran, dimana tidak memaksimumkan kebijaksanaan & kemampuannya dalam mentadbir, serta mengabaikan kaedah-kaedah asas pentadbiran yang perlu

Disini juga diselitkan sifat-sifat yang perlu ada pada pimpinan
1.            mengenali da’wah
2.            mengenal diri
3.            mengambil berat tentang ahli
4.            teladan yang baik
5.            mempunyai pandangan yang mantap
6.            keazaman yang kuat
7.            daya tarikan semulajadi
8.            penuh yakin

~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~


~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH~

FASAL PERTAMA

Gejala keciciran di zaman Rasulullah

Tabi’e semasa zaman Rasulullah saw manusia boleh memilih sama ada Islam ataupun Jahiliyyah, dan mereka menghalang seseorang itu untuk keluar daripada barisan Islam. Mereka menentang sesiapa sahaja yang cuba memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama’ah mereka.
Namun, realitinya kini, gerakan Islam tidak lagi sama dengan  jama’ah Islam, ertinya keluar daripada gerakan Islam tidak bermakna keluar dari agama (murtad). Jema’ah Islam kini hanya dianggap semata-mata jama’ah tidak lebih dari itu. Tabi’e kedudukan gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa merasakan dirinya bersalah dan berdosa.

Kisah 1: Kisah Ka’ab bin Malik

Sejarah pemulauan mereka yg tidak menyertai peperangan tabuk

Ka’ab bin Malik (Ka’ab dipulaukan selama 40 hari kerana tidak mengikuti peperangan Tabuk.)
Murarah ibn Ar-Rabi’
Hilal ibn Umayyah
Menurut Ibn Hisham dlm kitabnya

“Orang-orang munafik tidak ikut serta dlm perang tabuk. Demikian juga tiga orang dr orang Islam. Rasulullah SAW setibanya di Madinah mengatakan kpd para sahabatnya ` Sekali-kali jgn kamu berckp dgn salah seorg dari mereka yang bertiga itu.”
Peperangan Tabuk
semasa itu keadaan panas, melibatkan perjalanan yang jauh dan bilangan musuh yang ramai
ketika itu hasil tanaman sedang masak di Madinah
berpihak kepada kemenangan orang Islam


Pedoman:
Ka’ab mempunyai kekuatan fizikal & kemampuan pada ketika itu. Namun tidak turut serta dalam peperangan tersebut.
Sikap Ka’ab yang bertangguh dalam membuat persediaan telah menyebabkan dia tertinggal daripada menyertai peperangan tersebut. [semangat & cita-cita yang utuh amat penting dalam perjuangan ini demi menangkis serangan dalam diri yang ada ketikanya lemah]
Ka’ab berlaku benar & jujur ketika berhadapan dengan Rasulullah setelah baginda pulang dari Tabuk. [kebenaran itu tetap di utamakan..berkata benar walaupun pahit]
Ka’ab merasakan seperti seluruh penduduk bumi menolak mereka (Ka’ab, Murarah & Hilal). Rasulullah saw tidak menjawab salamnya. [hebatnya balasan yang Allah berikan]
Surat jemputan yang diterima from Raja Ghassan yang mengajak Ka’ab datang ke negerinya setelah dipulaukan oleh penduduk Madinah. Ka’ab membakar surat tersebut, kerana dia sedar orang-orang musyrik sedang ingin mempengaruhinya.
Ka’ab memohon ampunan dan bertaubat. Setelah taubatnya diterima, Ka’ab berjanji senantiasa berkata benar dan ingin sedekahkan semua hartanya kepada gerakan Islam namun dinasihatkan oleh Rasulullah saw hanya seperdua daripada harta tersebut.

Kisah 2: Kisah Hatib Abi Balta’ah

Sejarah kebocoran rahsia dan pengkhianatan
Hatib menulis sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy tentang persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah saw dan diserahkan kepada seorang perempuan. Perempuan tersebut menyimpan surat tersebut dalam sanggulnya. ‘Ali berjaya mendapatkan surat tersebut daripada perempuan itu.
Apabila disoal oleh Rasulullah saw, Hatib menyatakan dia masih mempunyai seorang anak & isteri berada bersama dengan kaum Quraisy dan semua ini dilakukan untuk kebaikan anak & isterinya. Rasulullah saw memaafkan Hatib

Firman Allah swt: Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 (Jangan mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman setia)

Kisah 3: Masjid Dirar

Orang-orang Munafiqin dari kalangan orang-orang Islam cuba pecahbelahkan barisan Islam dengan pembinaan masjid yang zahirnya menunjukkan rahmat namun hakikatnya memecahkan orang-orang Islam. Rasulullah saw memerihtahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Antara lain masjid ini didirikan untuk menyaingi masjid Quba’.
Berlaku semasa Baginda sedang berangkat menuju ke Tabuk di kawasan bernama Zi Awam. Surah Al-Taubah ayat 107


Kisah 4: Hadithul Ifik

[ahlul ifki = pendusta-pendusta]
Tuduhan & tomahan orang-orang Munafiq dan penduduk Madinah untuk menjatuhkan Rasulullah saw. Kisah tuduhan ke atas `Aisyah selepas peperangan menentang Bani al-Mustaliq. `Aisyah tertinggal daripada rombongan semasa keberangkatan pulang ke Madinah kerana mencari kalongnya yang terjatuh semasa membuang air. Aisyah dibawa pulang ke Madinah dengan menunggang unta yang ditarik oleh Ibn Ma’tal. Umm al-Mukminin `Aisyah difitnahkan `berbuat jahat’ dengan sahabat Nabi.  Surah an-Nur ayat 11 hingga 16.

Kisah 5: Peristiwa Abu Lubabah

Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah saw mengepong Bani Quraizah selama 21 hari, ini menyulitkan merekan dan menyebabkan merekan berasa takut. Setelah yakin Rasulullah saw tidak akan kembali tetapi akan bertempur dengan mereka, Ka’ab Ibn Asad mencadangkan 3 cadangan kepada kaum Yahudi:

kita ikut Rasulullah saw [tidak setuju sebab masih berpegang teguh dengan Taurat]
kita bunuh anak-anak & isteri kita, kemudian kita perangi Rasulullah saw, supaya tiada bebanan yang kita tinggalkan kemudian nanti [mereka tidak bersetuju dan mencadangkan untuk bunuh golongan miskin yang tidak mendatangkan kebaikan]
menyerang Rasulullah secara mengejut pada malam Sabtu [mereka juga tidak bersetuju kerana menjaga kehormatan hari Sabtu, tidak mahu ditukar rupa menjadi binatang seperti yang yang berlaku kepada golongan terdahulu]

Setelah berbincang namun tiada keputusan dapat dicapai, mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw supaya Baginda menghantar Abu Lubabah Ibn `Abdul Munzir supaya masalah mereka boleh diselesaikan.
Setibanya Abu Lubabah disana, semua lelaki bangun berdiri, kanak-kanak dan perempuan menghampirinya dengan tangisan, menyebabkan Abu Lubabah berlembut hati. Pabila ditanyakan adakah lebih baik kami mengikut hukum Muhammad, Abu Lubabah menyatakan ya, kemudian mengisyaratkan tangannya ke tengkoknya (yakni mereka akan disembelih).  Abu Lubabah menyedari yang bahawa beliau telah mengkhianati Allah dan RasulNya, maka beliau dengan segera meninggalkan tempat itu dan mengikat dirinya di salah satu tiang masjid. Beliau tidak akan meninggalkan tempat itu sehinggalah Allah mengampuninya.  Abu Lababah berada dalam keadaan terikat selama 6 hari, setiap kali waktu solat, isteri beliau akan melepaskan ikatan tersebut, selepas solat beliau mengikat dirinya semula. Setelah taubat beliau diterima oleh Allah swt, turunnya wahyu diwaktu Zuhur, beliau mahu Rasulullah saw yang melepaskan ikatan tersebut.
Wahyu yang turun mengenai pengkhinatan Abu Lababah surah Al-Anfal ayat 27.

Kesimpulan fasal pertama:

peristiwa keciciran diperingkat permulaan Islam adalah terbatas. Kebanyakannya menyedari kesilapan dan segera bertaubat ( benteng daripada pemahaman akidah yang mantap)
kesucian niat, tujuan yang betul, keaslian sumber dan kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan adalah amat penting
hukuman yang dapat menghalang berleluasanya gejala keciciran adalah pabila seluruh anggota ja’maah menolak sama sekali sesiapa yang keluar dan menentang jama’ah

Wednesday 11 April 2012

شاهد إبتسامة أحد شهداء سوريا أثناء إحتضاره ~The guy started smiling a few moments before passing away~.

ya qalb,

Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Pesanan ikhlas daripada Abang untuk dirimu yang bergelar isteri..
Sayangku, sesungguhnya...
-Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa lampau kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada manusia lainnya.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
-Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan  daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna.
Demikian itu isteriku...
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
-Perbanyakkanlah membaca al-Quran n maknanya, kerana dengan membaca al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah.
-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.
-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
"Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
 yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya Allah." Amin!
"Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya Iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang di Kasihi Iaitu Robbul Izzati dan Rasulullah yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku!


Ikhlas Dari Suamimu

Tuesday 10 April 2012

~TIP MENGHADAPI MUSIBAH ~



~TIP MENGHADAPI MUSIBAH~




Seorang Muslim harus melalui anjakan paradigma agar sesuatu musibah tidak terasa berat untuk ditanggung. Ia mestilah merubah pola fikirannya sepertimana yang pernah dicontohi oleh pelbagai ulama silam.

Yang berikut adalah sebahagian kecil yang boleh saya sebutkan pada kali ini.

PERTAMA, setiap kali menghadapi musibah, kita hendaklah sentiasa menjaga fikiran kita sepositif mungkin.  

Salah satunya adalah meyakini di dalam hati bahawa musibah ini adalah suatu petanda bahawa Allah tengah mengiktiraf kita sebagai Mukmin.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Seorang Mukmin umpama pokok tanaman, setiap saat angin selalu meniupnya. Seorang munafik ibarat tumbuhan padi, ia tidak akan dicabut kecuali saat menuai.” {Sahih Muslim, Sifat al-Munafiqin wa Ahkamuhum, no. 7092.}. Ia juga meyakini bahawa musibah akan membersihkan dosa-dosanya.

Dalam Sunan at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Bala sentiasa menimpa atas diri anak-anak dan harta seorang Muslim atau Muslimah sehingga ia berjumpa Allah tanpa membawa dosa sedikit pun.” {Sunan at-Tirmizi, kitab az-Zuhd, no. 2399. At-Tirmizi berkata, “Hadis Hasan sahih.”}.

Apabila anda mengalami kecurian, cubalah lakukan seperti kisah yang diceritakan al-Ghazali dalam kitab Ihya’ ini.

Suatu ketika, seorang lelaki soleh kehilangan wangnya. Setelah mencari, baru ia menyedari bahawa seseorang telah mencuri wang itu daripadanya. Lalu ia segera berkata, “Semoga Allah memberkatinya. Mungkin ia lebih memerlukan wang itu daripada saya.”

KEDUA, membayangkan betapa besarnya balasan Allah untuk setiap musibah yang dihadapi.

Apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang wajar kita lakukan adalah membayangkan betapa besarnya balasan Allah untuk setiap musibah yang dihadapi dengan hati yang tenang dan penuh keredhaan.

Dalam riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya balasan Allah sesuai dengan besarnya bala (dugaan). Sesungguhnya Allah, jika sedang mencintai suatu kaum, maka dia akan menimpakan bala kepadanya. Sesiapa yang redha, maka ia akan mendapat keredhaan (daripada Allah). Sesiapa yang benci, maka ia akan mendapat kebencian.” {Sunan at-Tirmizi, kitab az-Zuhd, no. 2396. Beliau berkata, “Hadis Hasan gharib daripada jalur ini.”}.

Suatu hari, seorang wanita solehah, isteri Imam Fath al-Musili, tersandung sehingga patah kuku jari kakinya. Beliau hanya tertawa melihat darah mengalir dari jarinya itu. Seseorang bertanya, “Tidakkah engkau berasa sakit?” Lalu ia menjawab, “Kelazatan pahalanya mengalahkan kesakitan itu.”

KETIGA, kita hendaklah berfikir secara mendalam tatkala melihat musibah dengan memerhatikan dari pelbagai sudut.

Jika itu kita lakukan, kita akan menyedari bahawa musibah ini sebenarnya sangat kecil berbanding kebesaran ni’mat yang kita miliki.

Suatu hari, seseorang mengeluh tentang kesulitan hidupnya kepada Muhammad bin Samak, seorang imam yang sangat zuhud. Ia mengeluh akibat lilitan hutang dan kesulitan untuk mendapatkan wang. Lalu Ibnu Samak bertanya kepadanya, “Berapakah wang yang engkau perlukan?” Ia menjawab, “Sepuluh ribu.”

Ibnu Samak bertanya lagi, “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi matamu hilang?” Si fakir menjawab, “Tidak mahu.”

Ulama itu berkata lagi, “Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi lidahmu bisu?” Dia menjawab, “Tidak mahu.”

“Mahukah kamu memiliki wang sepuluh ribu tapi kaki dan tanganmu terputus?”  

Sekali lagi orang itu menjawab, “Saya tidak mahu.”
Lalu ulama yang bijak itu berkata, “Nah, kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tapi mengapa masih bersedih!”

LATIHAN  

Sikap sabar menghadapi musibah ini tidak mudah diraih oleh setiap orang. Ia memerlukan latihan yang panjang sebelum seseorang dapat memperoleh sifat yang amat terpuji ini.

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan Sahl bin Abdillah at-Tustari (w. 283H), “Apabila seseorang terbiasa bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan terbiasa bersabar meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu, Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar dalam menerima ketentuan-Nya.”







Sunday 8 April 2012

~FATTABIOUNI~

~FATTABIOUNI~

 generasi y mengikuti & mengamalkan  jejak langkah rasulillah s.a.w.


fattabiouni

  • ittiba' + iman + hubbun nabi s.a.w
  1. إعتبأ  =  sbg tanda kita beriman kpd ALLAH
  2. إ يمان=  satu kewajipan
  3. (حب النبي (ص = puncak iman 100% & penggerak kpd iman




  • Rasulullah s.a.w mempunyai daya penarik yang sangat kuat mencakupi sikap, tingkah laku, khulk
  •  bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula  amalan seharian kita sepatutnya mengikuti sunnatullah..  ( imam Al-Ghazali dlm kitabnya bidayatul hidayah)  bagaimana nabi muhammad s.a.w dalam aktiviti seharian baginda.?? 
  • cintakan nabi, sampaikan apa yang baginda sampaikan.
  • jika rasa iman lemah,ikutilah jemaah yang benar untuk recharge iman
  • suami...salah pilih isteri boleh jadi penyebab terhijab, kene pilih isteri boleh jadi penbuka hijab. semuanya bergantung pada Allah.
KESIMPULAN : apa yang baginda Muhammad s.a.w buat, kita buat. apa yang menjadi ikecintaan baginda kita cinta..






Graduation Picture 1




Saturday 7 April 2012

~Precious Life~ A.K.A kisah hijrah

~Precious Life~


Recently a sister at a gathering walked in with no hijab or much knowledge saying, "You know for about 20 years i use to pray, i use to wear hijab, i use to give sadaqa, i use to do this and do that,..i think i've done enough. 20 years ! Now i deserve to have a good time" Allahu Akbar ! Compare that to Imam Ahmad ibn Hanbal (rahimuAllah).

He was in his deathbed, being in a state of Sakaratul Maut(intoxication of death) when his son heard him say the following word 'not yet, not yet!' Upon hearing this, his son got worried, took it as a bad sign, that his father is worried/scared to meet Allah. At the time of a believer, Allah puts a certain tranquility and serenity touches their heart.

So, when he awoke his son asked his father, 'o father, what was that you were saying?' Imam Ahmad replied 'the shaaytan just came to me, and he tried to trick me saying "O Ahmad, you have surely escaped my hold, i couldn't trick you." and i said to him 'not yet, not yet! i have not escaped your trickery yet ( meaning the battle between me and you are not over yet ) and now you are trying to trick me saying i've escaped so that i let my guards down, but in fact the battle is not over until my soul reaches my gargling point''"

SubhanAllah! Ya Akwan, do not be fooled by the tricks that shaaytan has planned, to mesmerize you into praising this life for your Akhira (Hereafter). Every moment ever minute ever second will be at your benefit for eternal peace. No one knows when our time of death will approach us, so be prepared. Surely 'From Him we came, to Him is our Return' [al-Qur'an:2:156] 



precious life... bila kita diberi kesempatan u berubah.. .inilah ceritaku.. thanks ALLAH for giving me the golden opportunity to repent from my kejahilan. kisah hijrah seorang wanita y bergelar muslimah namun tdk sebenar2 mempraktikkannya.. ALLAH.. sayangnya tuanku pada hambany, DIA mengutuskan sahibi y byk menegur n mentarbiah ku ..sahibi ku y disayangi krn ALLAH, syukran jazilan krn dikau lah wasilah u ku mjd transformer n..ehhhheee. kalu dulu tudung  sekadar ambil  syarat, skrg bkn keparat.. kalau dulu jeans y sendat kini jubah sbg azimat..kalau dulu pergaulan bebas,kini ikhtilat lbh terbatas. ALLAH.. alangkah indahnya hidup bersyariat..andai bisa, ingin sj aku kongsikan kegembiraan n ketenangan ini pada seisi dunia..
 With every blink of an eye, I can't help but feel blessed. Alhamdulilah ♥~A Reminder to All those who are Swift to Point fingers: ”When you see someone who is not as religious, remember that you were once on the edge of the fire, and it was Allah Subhaana wa Ta’ala’s favor upon you to guide you. Arrogance will wipe away any goodness from the transformation." 

Friday 6 April 2012

~TARBIAH DZATIAH~

~TARBIAH DZATIAH~



DEFINISI :


  •  sejumlah wasilah tarbiah y diberikan seorang muslim kpd dirinya sendiri .
  • self-tarbiah u bentuk peribadi islam y sempurna mencakupi ilmu + iman +akhlak n so on..
  •  penerusan terhadap tarbiah jama'iah ( usrah, mabit, daurah,mukhayyam,dll)
KEPENTINGAN :

  • islah nafsak, wadu' ghairak. td x terlalu robotik malah lbh kreatif , surah at-Tahrim;6
  • jk xmau mentarbiah diri sendiri, sape y nk tarbiah kite? justeru pentingnya td
  • hari akhirat jg bersifat individu . (kita x dihisab mengikut jamaah atau mgikut institusi k npe la... )
  • plg efektif way krn individu lbh tahu kelemahan diri sendiri
  • wasilah u terus istiqamah dgn ajaran islam even jauh dr murabbi / ikhwah
  • cr efektif u mendakwah. sebenarnya, peranan naqib lbh bsr slps usai shj tasbih kaffarah

^___^  yang belum kuat ,perlukan bi'ah, y da mantap, tarbiah dzatiah(td) mampu membimbing.

MEDIUM TARBIAH DZATIAH ( TD)

  1. doa                        تربية الذاتية       
  2. muhasabah
  3. taubat
  4. cari ilmu
  5. byk amal ( tilawah,ta'lim,tazkiyatu nafs) sbg komponen utama u membentuk masyarakat
  6. perhatikan akhlak
  7. terlibat dlm aktiviti dakwah
  8. mujahadah ( bersungguh2)

^____^  menurut prof syed Naqiub Al-Attas,, zmn ini adalah zmn terjemahan ilmu dan bkn lg zmn penghafalan semata2. justeru, bibitkan rasa cinta akan ilmu.

 inilah teori y boleh & biasa diguna di mana2 sj y akhirnya mjd catalyst a.k.a pemangkin u khairu ummah
Show More Graduation Pictures, Images

~CINTA PERTAMA~


~usrah di SMKDAB~

".. adik2 percaya x pd cinta pandang pertama?" itulah soalan pertama ku usai shj bacaan ummu furqan al-fatihah. ad y blur, ad y excited ( yela.. spe x naek angin dgr 'cinta') n so on laa.. " akak sgt percaya pd cinta pandang pertama.. mula2 lahir lg akak da mula jatoh cinta dgn mak n ayah ...heee n mula2 tgk adeq2 akak da jatoh cinta pd adq sume... sory.."  " awEsOmE!"

usrah muslimin




usrah muslimat



usrah a.wan kte.. dipantau oleh saudara hafizuddin


n dy naqib, ganu mari


ustaz yamin sdg mmbri penerangan

utz faiz dgn gaya y tersendiri


Program Usrah Kelas Aliran Agama (KAA) SMK DABB merupakan satu program pembangunan modal insan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Dato' Abu Bakar Baginda dengan kerjasama IPG Kampus Pendidikan Islam khusus untuk pelajar Form 2 & 3 Kelas Aliran Agama. Program ini dijalankan secara berkala iaitu pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 a.m - 7.55 a.m, bermula April - September 2012. Seramai 15 orang nuqaba' MTEN telah diminta untuk menjayakan program ini.

Thursday 5 April 2012

~Satu Amanah - Hijjaz~


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
lagu ini ku tuju khas buat mu teman yang sekarang ini bertebaran di bumi ALLAH ..  manisnya ukhuwah tidak dapat ku gambarkan dengan kata2. namun, dalam mengharungi mehnah persahabatan, kdg2 kita tdk lari dpd kesalahan.. namun ketahuilah teman.. tiada sekelumit kesalahan kalian ku pendam. kerana salimatu sadri itu membawa kemanisan yang hakiki. namun ku khuatir andai salah laku ku yang reflec action ini mngguris hati mu.. maaf ek sahabat, katanya mau bersahabt  hingga k syurga, bawalah aku, pimpinlah aku, kerana berjamaaah itu keperluan,ummah itu tuntutan... =) senyman semanis lolipop untuk sahabt tersayang. syg kamu lillahi ta'ala.. takbir! ALLAHU AKBAR..

~USRAH PENYATU UKHUWAH~

     ~USRAH PENYATU UKHUWAH~

srikandi islam
Tips Menceriakan Kumpulan Usrah 

Usrah ialah satu platform untuk kita janakan ukhuwwah dankefahaman kita bersama ahli-ahli kumpulan usrah tentang Islam. 2 item yang diboldkan itu mesti diusahakan untuk dicapai oleh para nuqaba', barulah usrah akan benar-benar berkesan kepada mereka yang menyertainya. 

Di dalam mendapatkan 2 elemen tersebut, kumpulan usrah yang ceria dan segar sangat perlu dibina dan diwujudkan. Ianya bagi memastikan proses give and take antara mad'u dan naqib berjalan dengan baik. Berikut ialah tips yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada naqib bahkan mungkin boleh sahaja untuk ahli-ahli usrah gunakannya untuk membantu menceriakan kumpulan usrah anda:
1 - Menghayati apa yang disampaikan dengan reaksi wajah dan bahasa badan yang kena kepada isi yang disampaikan. Sebagai contoh, berikan senyuman ketika isi penyampaian yang bermesejkan kegembiraan :)

2 - Mengucapkan 'terima kasih' kepada setiap ahli kumpulan usrah yang memberikan pandangan, sebagai tanda kita menghargainya. :)

3 - Banyakkan sentuhan antara anda dengan ahli kumpulan usrah anda seperti menyapa lututnya (jika anda duduk bersila di sampingnya) untuk mempersilakannya memberikan respon. :)

4 - Sentiasa memberikan kata-kata yang positif dan pujiansesama ahli usrah dengan fokuskan kepada kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Untuk ini, kita perlu menguasai rukun ta'aruf dan rukun tafahum dengan sebaiknya :)

5 - Menambah nilai dan kreativiti pengisian kumpulan usrah anda dengan aktiviti-aktiviti bermodul menggunakan alat bantuan tambahan seperti kertas A4, laptop, straw atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. :)

KECEK BDASARKE PENGALAME ORE KATO..EHEE
usrah>> untuk mentarbiah, kita perlu ditarbiah <<

Wednesday 4 April 2012

~TAFSIR SURAH AL –KAUTHAR~


~KKP ANA, ANALISA JUZ AMMA PPISMP 2.04 IPG KPI


SURAH AL –KAUTHAR

menurut pendapat majority ulama’surah ini adalah surah makiyyah,tetapi al-Hassan ‘Ikrimah dan Qatadah pula berpendapat ia adalah surah Madaniyyah. Ini juga adalah pendapat ibnu Kathir.

Nama surah
Surah ini dinamakan al-kauthar kerana ia dimulakan dengan firman Allah yang ditujukuan kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu firmannya  yang bermaksud : “sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga .”  yakni bermaksud kebaikan yang banyak serta berterusan di dunia dan akhirat,antaranya sungai al –kauthar yang terdapat dalam syurga.

Kandungan surah
Surah makiyyah ini  membincangkan tentang tiga perkara utama iaitu  :
       1.            Keterangan tentang kelebihan rahmat Allah dan pemberianNya kepada nabi dengan mengurniakan kepada baginda kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat,antaranya sungai al-kauthar yang ada di dalam syurga.
       2.            Memerintahkan nabi dan umatnya supaya sentiasa mengerjakan sembahyang dengan ikhlas dan menyembelih binatang korban sebagai tanda syukur kepada Allah.
       3.            Menyampaikan berita gembira kepada nabi dengan kemenangan ke atas musuh-musuhnya dan kerugian serta kehinaan menimpa mereka lantaran mereka tercantas daripada setiap kebaikan di dunia da di akhirat.

Sebab turun surah
Al-Bazzar  dan perawi yang lain dengan sanad yang sahih telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas berkata : pada suatu ketika Kaab bin al-Asyraf dating ke mekah,orang Quraisys bertanya kepadanya “anda adalah ketua mereka? Apakah pendapat anda terhadap orang ini(Muhammad) yang terputus berkat dan keturunan dari kaumnya dan dia menganggap dirinya lebih hebat daripada kami, sedangkan kami adalah keluarga yang kerap mengerjakan haji,sentiasa member minum kepada para hujjaj dan pemegang kunci ka’bah”. Ka’ab menjawab : “kamu lebih baik daripadanya”  lalu turun ayat yang bermaksud : “sesungguhnya orang yang membenci kamu wahai Muhammad dialah yan terputus”             ( al-kauthar 108:3)

Ibn Abi Syaibah dalamm al-musannaf dan Ibn al-munzir telah menampilkan riwayat daripada Ikrimah  katanya : “Muhammad orang yan terputus berkat dan tidaklah berketurunan berbanding kita, lalu turunlah ayat :  ‘sesungguhnya orang-orang yang membenci engkau wahai Muhammad dialah yang terputus’
Ibn  Hatim telah mengajukan riwayat daripada al-suddi, katanya : “orang quraisys berkata apabila anak lelaki mati terputus keturunan si polan”. Apabila anak lelaki nabi s.a.w  m eninggal dunia,lantas al-Asi bin Wa’il berkata: “ Muhammad telah terputus ( tidak lagi berketurunan )” lalu turun ayat berkenaan. Al –baihaqi  telah mengeluarkan dalam al-Dala’il , hadith yang sama daripada Muhammad bin ali dan menamakan anak lelaki yang meninggal itusebagai al-Qasim. Menerusi Mujahid berkata: “diturun kan  kepada al-Asi bin Wa’il , di mana beliau berkata : aku akan mengejek Muhammad (dengan ejekan ‘batar’)

Tafsir dan ulasan
Firman Allah yang bermaksud : “ sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga” kami memberikan banyak kebaikan kepadamu sehingga sampai ke kemuncaknya,antaranya sebuah sungai di dalam syurga. Allah menjadikannya sebagai tanda penghormatan kepada Rasulullah s.a.w dan  umatnya.kurnia ini merupakan jawapan kepada pihak musuh yang merendah-rendah dan memperkecil-kecilkan nabi . sifat-sifat mulia dan anugerah ini membezakan baginda dengan sifat yang bertentangan iaitu nakhil,kufur dan munafiq yang ada pada orang kafir.
Firman Allah yang bermaksud : “ maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah”. Oleh kerana kami telah kurniakan kepada engkau (wahai Muhammad) banyak kebaikan di dunia dan akhirat,contohnya sungai al-kauthar,maka lantaran itu, berterusanlah dalam mengerjakan sembahyang yang wajib dan sunat. Tunaikanlah solat dengan penuh ikhlas kerana Allah. Justeru, hanya Allah yang membalas,mengosoh dan memberikan nikmat-nikmatnya kepada kamu.perkara ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “ katakanlah sesungguhnya solatku, ibadshku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,tuhan semesta alam, tiada sekutu  baginya dan demikianlah itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah” .           (al-an’am,6 162-163)
Sikap seperti ini tidak sama dengan sikap golongan musyrikin yang menunaikan sembahyang dan berkorban bukan kerana Allah. Lantaran itu Allah memerintahkan nabi supaya bersembahyang dan berkorban hanya kerana Allah semata-mata. Sikap ikhlas baginda bertentangan dengan perbuatan orang munafiq yang hanya bersikap riya’.
Qatadah ‘Ata dan Ikrimah berkata : “bahawa maksud sembahyang di sini ialah sembahyang hari raya dan meyembelih binatang kerana korban”.
Ibn Kathir berpendapat,maksud sembelih yang sebenarnya ialah  menyembelih binatang kerana beribadat selaras dengan hadith al-Barra’ bin ‘Azib menurut al-Bukhari dan Muslim : rasulullah s.a.w sembahyang hari raya kemudian baginda menyembelih binatang korban dan bersabda :
من صلى صلاتنا ,ونسك نسكنا,فقد أصاب النسك,ومن نسك قبل الصلاة فلا نسك له

Sesiapa sembahyang seperti sembahyang kamimenyembelih korban seperti sembelihan korban kami, sesungguhnya mereka memperolehi ganjaran pahala korban dan sesiapa yang menyembelih korban sebelum sembahyang,maka tidak ada pahala untuknya.
Lalu Abu Bardah bin Dinar bangun dan berkata : “wahai Rasulullah , sesungguhnya aku telah menyembelih dua ekor kambing sebelum mengerjakan sembahyang dan aku mengetahui hari ini adalah hari orang gemarkan daging” nabi berkata “kambing kamu itu adalah kambing daging (bukan korban)” beliau berkata: “saya ada seekor lagi unta yang sngat saya sayangberbanding dengan dua ekor kambing tadi,sekiranya disembelih (untuk korban) apakah ia boleh memenuhi tujuan korban untukku.” “ia boleh memenuhi tujuan korban untukmu sahaja dan tidak untuk orang lain selepas kamu”.

PEDOMAN HIDUP DAN HUKUM HAKAM
Surah ini membincangkan beberapa perkara berikut,iaitu :
       1.            Allah telah memberikan kepada nabi Muhammad s.a.w banyak kebaikan hingga sampai kepada kemuncaknya,antaranya sungai al-kauthar di dalam syurga , sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Mualim,Ahmad,al-Tarmizi daripada Anas.
       2.            Allah memerintahkan nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya supaya menunaikan sembahang (yang wajib dan sunat) dengan ihklas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah,tanpa mensyirikkanNya dengan yang lain.mereka juga diperintahkan menyembelih binatang korban untuk dihadiahkan kepad fakir miskin di sekitar masjid al-Haram. Ibadah daging korban dan ibadah yang lain mestilah khusus untuk Allah sahaja.
       3.            Sesungguhnya orang yang membenci nabi dan syariat yang dibawa olehnya daripada Allah adalah orang-orang yang tercantas daripada mendapatkan dua kebaikan di dunia dan diakhirat. Mereka tidak meninggalkan sebarang tanda peninggalan sejarah yang bererti untuk diingati yang boleh didengar selepas mereka mati. Justeru mereka tidak beriman dengan risalah kebenaran dan tidak melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.

~TAFSIR SURAT AL-MA’UN~



~INI ADALAH HASIL KKP ANA PPISMP 2.04 IPG KPI ( ANALISA JUZ AMMA)~


Tafsir Al-ma’un
TAFSIR SURAT AL-MA’UN
Surah ke – 107 : 7 ayat

A. Pendahuluan
      Surah ini diturunkan di Makkah sesudah surah at-Takatsur.Nama surah ini diambil dari kata al-Ma’un yang diambil pada ayat terakhir. Menurut etimologi, al-Ma’un berarti banyak harta, berguna dan bermanfaat, kebaikan dan ketaatan , dan Zakat.Surah ini menggambarkan orang yang tidak mau membayar zakat dan tidak mau pula berinfaq untuk membantu fakir miskin. Allah mengancam orang yang mempunyai banyak harta tetapi tidak mempunyai kepedulian social.
      Kata-kata Arab "al-Ma'un" yang merupakan ujung surat dan menjadi nama suratnya dijelaskan oleh Muhammad asad, berdasarkan berbagai tafsir klasik,sebagai "comprises the small items needed for one'sdaily use, as well as the occasional acts of kindnessconsisting in helping out one's fellow-men with such item. In its wider sense, it denotes "aid" or "assistance" in any difficulty" (... kata-kata"al-ma'un" mencakup hal-hal kecil yang diperlukan orangdalam penggunaan sehari-hari, juga perbuatan kebaikankala-kala berupa pemberian bantuan kepada sesama manusiadalam hal-hal kecil tersebut. Dalam maknanya yang lebihluas, kata-kata itu berarti "bantuan" atau "pertolongan"dalam setiap kesulitan ).

ارءيت الذي يكذب باالدين * فذالك الذي يدع اليتيم *
ولا يحض على طعام المسكين * فويل للمصلين *
الذين هم عن صلاتهم ساهون* الذين هم يراءون*
ويمنعون الماعون *
Artinya : ( 1 ) Tahukah kamu ( orang ) yang mendustakan agama?
( 2) Itulah orang yang menghardik anak yatim, ( 3 ) dan tidak menganjurkan memberi makan fakir miskin. ( 4 ) maka celakalah bagi orang yang sholat ( 5 ) ( yaitu) orang-orang yang lalai dari sholatnya, ( 6 ) orang yang berbuat riya, ( 7) dan enggan ( menolong dengan ) barang yang berguna.




B. Asbabul Nuzul
      Adapun sebab turunya surah ini ialah berkenaan degan orang-orang munafik yang memamerkan shalat kepada orang yang berirman; mereka melakukan shalat dengan riya’, dan meninggalkan apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberiakn bantuan kepada orang miskin dan anak yatim ( Riwayat ibnu Mudzir ).

C. Tasir
      Surah ini diawali dengan kalimat tanya untuk menarik perhatian pembacaanya. Kemudian Allah  SWT sendiri yang menjawab pertanyaan tersebut satu per satu. Tujuanya ialah agar pembaca benar-benar memperhatiakn dan meresapi makna yang terkandung di dalamnya.Biasnya setiap ayat yang didahului dengan pertanyaan mengandung nilai yang sangat penting untuk segera dipahami dan diamalkan. Pertanyaan yang paling prinsipil ialah “ siapakah pendusta agama ? “ maka jawabanya segera disusul setelah pertanyaanya. Ayat selanjutnya menjawb secara lugas bahwa pendusta agama ialah orang yang tidak mau menyantuai anak yatim.Ciri berikutnya ialah orang yang tidak mau menyeru untuk dana dan makanan supaya diberiakn kepada orang miskin.
            Ustadz M Quraish Shihab dalam Tafsir Al-quran Al karim menyatakan paling tidak ada 2 hal yang patut disimak dalam ayat 3 surat ini. Pertama ayat tersebut tidak berbicara tentang kewajiban ”memberi makan” orang miskin, tapi berbicara ”menganjurkan memberi makan”. Itu berarti mereka yang tidak memiliki kelebihan apapun dituntut pula untuk berperan sebagai ”penganjur pemberi makanan terhadap orang miskin” atau dengan kata lain, kalau tidak mampu secara langsung, minimal kita menganjurkan orang-orang yang mampu untuk memperhatikan nasib mereka. Peran ini sebenarnya bisa dilakukan oleh siapapun, selama mereka bisa merasakan penderitaan orang lain. Ini berarti pula mengundang setiap orang untuk ikut merasakan penderitaan dan kebutuhan orang lain, walaupun dia sendiri tidak mampu mengulurkan bantuan materiil kepada mereka.
            Anak-anak yatim dan faqir miskin adalah bagian dari kelompok masyrakat yang sangat dicintai oleh Rusulullah SAW, bahkan dalam sebuah hadits dinyatakan ( Rusuluallah ) sangat dekat dengan mereka.Perhatian mereka sangat diutamakan, sebagaimana tersebut dalam sebuah ayat :
            ويسئلونك عن اليتمى قل اصلاح لهم خير وان تخالطهـــم فاخوانكم
Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim katakanlah ;
Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu”
( Al-Baqarah: 220 ).
         Perkataan "yahudldlu" yang diterjemahkan dengan "berjuang" di sini mempunyai asal arti "menganjurkan dengan kuat". A. Hassan dalam Al-Furqan, menerjemahkan perkataan itu dengan "menggemarkan," Departemen Agama menerjemahkan dengan "menganjurkan" sedangkan Mahmud Yunus dalam tafsir Qur'an Karim menggunakan perkataan "menyuruh". Dan Muhammad Asad, dalam The Message of the Qur'an, menerjemahkannya dalam bahasa Inggeris dengan "feels no urge" (tidak merasakan adanya dorongan), karena baginya perkataan "yahudldlu" mempunyai makna "mendorong diri sendiri" (sebelum mendorong orang lain). Jadi, perkataan "yahudldlu" menunjuk pada adanya komitmen batin yang tinggi, yakni usaha mengangkat dan menolong nasib kaum miskin. Berarti bahwa indikasi ketulusan dan kesejatian dalam beragama ialah adanya komitmen sosial yang tinggi dan mendalam kepada orang bersangkutan.
          Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah SAW apakah itu?” Rasulullah SAW bersabda: 1. Syirik, 2. Berbuat sihir, 3. Membunuh orang yang diharamkan oleh Allah untuk dibunuh kecuali dengan alasan yang benar (menurut ajaran agama), 4. Memakan riba, 5. Memakan harta anak yatim, 6. Berpaling di waktu peperangan (bukan untuk bersiasat akan tetapi lantaran takut kepada musuh), 7. menuduh zina kepada wanita mukmin yang sudah bersuami yang tidak terlintas di hatinya untuk menjalankan kejelekan                                                                          
            Sholat adalah ibadah yang paling utama yang diperintahkan dalam syareat islam.Dengan melaksanakanya secara baik dan benar akan menimbulkan pengaruh positip yang sangat besar dalam aspek kehidupan. Di akherat pun merupakan amaliah yang paling utama yang memperoleh penilaian dan menjadi tolak ukur semua amal perbuatan.
Allah berfirman :
اتل ما اوحى اليك من الكتاب واقم الصلاة ان الصلوة تنهى عن الفخشاء والمنكر
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu alkitab ( al-qur’an ) dan dirikanlah sholat.sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan –perbuatan keji dan mungkar. ( al-ankabut : 45 )

      Selanjutya Allah menegaskan bahwa ada sebagian orang yang melakukan amal kebaikan, termasuk shalat, untuk memperlihatkan amalnya kepada manusia. Tindakan seperti ini disebut riya’.Sikap riya’ adalah lawan dari ikhlas. Keikhlasan diperlukan dalam setiap amal kebaikan agar memperoleh pahala yang sempurna dari Allah.
               Yang diterjemahkan dengan "lupa" atau "lalai" dalam firman itu ialah kata-kata yang dalam bahasa aslinya (Arab) "sahun". Yang dimaksud dalam firman ini bukanlah mereka itu dikutuk Allah karena lupa mengerjakan shalat yang disebabkan lupa, misalnya, terlalu sibuk bekerja. Sebab lupa dan alpa serupa itu justru dimaafkan oleh Allah, tidak dikutuk.Tapi yang dimaksud dalam firman itu ialah mereka yang menjalankan shalat itu lupa akan shalat mereka sendiri, dalam arti bahwa shalat merekatidak mempunyai pengarah apa-apa kepada pendidikan akhlaknya, sehingga mereka yang menjalankan shalat itudengan mereka yang tidak menjalankannya sama saja. Apalagi jika lebih buruk!

Suatu hari, Sayyidah Fathimah as bertanya kepada Rasulullah saw, “Yâ Abâtah, apa yang akan didapatkan oleh orang yang melecehkan shalatnya, menganggap enteng kepada shalatnya, baik laki-laki maupun perempuan?” Rasul bersabda, “Hai Fathimah, barang siapa yang melecehkan shalatnya menganggap enteng kepada shalatnya, baik laki-laki maupun perempuan, Tuhan akan menyiksanya dengan lima belas perkara. Enam perkara di dunia, tiga pada saat ia mati, tiga lagi pada waktu ia berada di kuburnya, dan tiga perkara pada Hari Kiamat, ketika ia keluar dari kuburnya.”

Allah berfirman :
Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang meremehkan sholat dan menuruti hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesaatan. Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal sholeh? (QS. Maryam: 59-60)
Para ulama mengomentari ayat diatas dengan tafsirnya yang terdapat dalam Ibnu Katsir sebagai berikut :
1. Muhammad bin Kaab Al Quraan Al Qurdly, dan Ibnu Zaid bim Aslam     dan Sady yang disebut meremehkan sholat adalah Meninggalkan Sholat ( Tidak sholat )
2. Al Auz, Ibnu Maasud, Ibnu jarir, Ibnu Juraih meremehkan sholat adalah meremehkan waktu
3. Al Hasan Al-Bashri, meremehkan sholat adalah meninggalkan Masjid ( Tafsir Ibnu katsir 3 / 21 )
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu : Pengertian meninggalkan sholat tidak berarti meninggalkan sholat itu sama sekali. Tetapi Said bin Musayyib mengatakan : Orang itu tidak sholat Ashar, Dzuhur kecuali hingga datangnya waktu maghrib, tidak sholat maghrib hingga datangnya waktu Isya dan tidak sholat Isya hingga datangnya Fajar ( shubuh ).
Allah berfirman : Maka celakalah orang-orang yang sholat. Yaitu orang-orang yang lalai dari sholatnya? ( Al-Maun : 4-5 )
Kata Saad bin Abi Waqosh: Aku telah bertanya kepada Rasulullah tentang mereka yang melalaikan sholatnya, maka beliau menjawab Yaitu Mengakhirkan waktu , yakni mengakhirkan waktu sholat.
D. Kesimpulan
Ilustarsi diatas, tentang pemahaman surat al-ma’un mengingatkan kita betapa penting nilai yang dikandungnya untuk diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari agar kita tidak terjebak kepada kelompok orang yang mendustakan agama.diantara nilai-nilai penting yang terkandung ialah :
1.      Allah SWt mengingatkan agar kita tidak terjebak kedalam kelompok orang-orang munafiq yang cenderung menyepelehkan agama.
2.      Allah SWT menjelaskan cirri-ciri oran yang mendustakan agama.
3.      Allah SWT mencela orang yang melakukan sholat yang tidak mau memahami dan menghayati esensi sholatnya, yaitu orang yang sholat karena riya’
4.      Allah SWT melaknat orang kaya yang bersikap kikir, tidak mau membantu orang miskin dan tidak mau mengeluarkan zakat.

 Drs. H. Hasan Basri SH, Tafsir Pase, Balai Kajian Tafsir Al-Qur’an Pase, hal. 130
 Muhammad Asad. The Messege of the Qur’an. Hal .102
 Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunnah, 4 jilid, Riyadl, Maktabat al-Riyadl al-Haditsah, tt.,Jilid 3, hal. 46

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura