Wednesday 27 June 2012

~masakan ibu~



~masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia~
Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?
Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."


Lianni uhibbuki ummi wa abi : syarifah rohana bt sheikh harun & mohd yamin bin sapiai
At bilik bujang IPG KPI, bangi selangor

Friday 22 June 2012

~Sahaja aku bermujahadah kerana ALLAH ta’ala..~


~Sahaja aku bermujahadah kerana ALLAH ta’ala..~


Cinta ku ekslusif untuk mu.. gelora jiwa remaja tidak lari dari membicarakan soal cinta. Begitu juga diriku, “aisyah yamin” . namun cinta yang didasari dengan iman dan taqwa itu lebih eksklusif untuk insane yang bergelar suami kelak. Namun, kejernihan  fikrah ini tidak bisa ditembusi oleh qalb yang diselubungi debu kejahilan.
CINTA BIASA
Cinta yang bias dimilki oleh sesiapapun. Baik manusia dan haiwan. Analogi…. “meow…” seekor kucing jantan bertompok – tompok di badannya mengejar si kicing betina . galak buinyi ngiauannya. Lebih  nyaring dan panjang daripada biasa. Mungkin musim mengawan telah tiba.
Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita dan lelaki saling tertarik  dan itu perkara biasa. Apabila ada sesuatu yang didengar dan dipandang  yang dapat menarik pehatian seseorang , pekara itu akan membuatkan orang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Malah tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatanag; jantan dan betina… ini cinta biasa….slurppp~

CINTA LUAR BIASA


Namun cinta luar  biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan  pasanagn tersebut, atau sejauh mana perhubungan cinta meeka diuji.
Wanita dan lelaki yang dibuai perasaaan cinta luar biasa ini sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.bahkan mereka cuba membuktikan pada seisi dunia akan keluarbiasaan cinta mereka itu… akibatnya..??
Demi cinta, sanggup mengetepikan keluarga dan tinggal bersekedudukan  dengan si dia. Luar biasa!
Demi cina, bayi sanggup digugurkan dan dikisar di dalam blender . Luar biasa!
Demi cinta, hubungan cinta dan perkahwinan dibanjiri kemewahan dan kekayaan yang melampau. Luar biasa!
Semua itu luar biasa. Ya!luar biasa yang membawa binasa. Tanpa asaa agama maruah diri sanggup dikorbankan.

CINTA HIGH-CLASS





Wanita dan lelaki yang bercinta selepas berkahwin akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan  dan agama pasangannya. Ini jauh luar biasa dan dikategorikan sebagai cinta high class.
Jika belum menikah cinta menjadi high class apabila teruna dan dara  saling tinggi mujahadah. Fahami si dia dengan cara yang benar  serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keprluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.jika di luara batas urusan , sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar2 perlu.
Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan,mintalah fatwa dari hati . hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan dengan dosa.kebaikan itu adalah perasaan tenang dalam hati.dosa itu pula adalah perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah saat indahnya menahan perasaaan cinta dan rindu  kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.
Daripada al-nawwas bin sam’an r.a . baginda s.a.w. menjawab apabila ditanya tentang kebajikan dan dosa,maksud-maksud nya : “ kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti  dan dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.” ( riwayat Muslim)
A’la kulli hal, mawar dan kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi.boleh jadi, kerana perbezaan itu kita saling jatuh cinta.
Bagai botol dengan penutupnya ,electron dan proton, baju dengan seluar dan sepasang selipar… lelaki dan perempuan saling memerlukan  antara satu sama lain. bukti saling memerlukan ini akan menjadi  “luar biasa” dan high class jika   diluapkan pada insane  istimewa nernama suami atau isteri. Mengapa ia dipandang high class? … itu tanda  mematuhi suruha ALLAH , tanda jauhi fitnah dan  tanda  sebuah mijahadah  @>> ----
  Aiesyaa yamin. 8 June 2012. Jumaat. At home : teratak Yamini,kelantan

Tuesday 5 June 2012

~TITIPAN BUAT WANITA~




~TITIPAN BUAT WANITA~




TAJUK     : TITIPAN  BUAT WANITA
HARI      : JUMAAT
TEMPAT: DATARAN UNIVERSITI








"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.



 


Disedikan oleh;
(……aiesyaa  yamin…….)
Aiesyaa yamin
naqibah,
Usrah Ummu Habibah
SMKA WATANIAH MACHANG,KELANTAN
SMKADAB, BANGI

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura