Tuesday 31 July 2012

~JALAN DAKWAH KITA MASIH PANJANG~







~JALAN DAKWAH KITA MASIH PANJANG~

Photobucket


SABDA RASULULLAH ”BARANGSIAPA MATI PADAHA LDIA TIDAK PERNAH BERJIHAD ATAU TIDAK PERNAH BERNIAT HENDAK BERJIHAD MAKA MATILAH DIA SEPERTI JAHILIAH” (BUKHARI & MUSLIM)





     sume org tahu dari dulu sampai skrang orang pompuan takderk yg jadi nabi.. Tapi kite kne INGATTT.. dr perot org pompuanlaa lahirnya seorang nabii.. jadi.. MULIAKANLAH pompuan.. dgan care ape?? bukn dgan pakaian pelik,bkan dgn tayang body, bkan dgn jambul tinggi, bkn jg dgn nafsu serakah..tapi sahabat2.. muliakanlah pompuan spt yg NABI AJAR.. Berikn agama, ajarkn pahala & dosa, ingatkn tntg syurga & neraka!!!!!
sy perlukn org yg mbetulkan kesalahan sy, yg mnaikkan semangat sy bile semangat saya jatuh,dn yg mghargai serta mnyokong kerja sy.

     TAPII..kalu sy dpt org yg mbiarkn @ menyokong kesalahan saya, yg mruntuhkn semangat sy biar semangat sy semakin jatuh, yg x mnyokong kerja sy dn yg sentiasa menyalahkan sy, maafkanlahh sy andai saya sudah tidak boleh bertahann..


sudahlah... pergilah segala kesedihan, pergilah segla kelemahan, pergilah segala kealpaan, sudah tiba masanya kembali kepada Allah......



Seorang wanita dengan keperibadiannya yang baik, membawa seribu kebaikan kepada dunia.

Tetapi, seorang wanita dengan keperibadian yang buruk, akan membawa kerosakan kepada dunia.

Jadilah wanita syurga,



Peribadinya sederhana,



Tidak mudah putus asa,



Cita-cita tinggi menembus ke sana!

InsyaAllah.. ♥ 



"Allah memberikan kemenangan kepada kita adalah disebabkan oleh maksiat yg dilakukan oleh musuh. Jika kita melakukan maksiat sama seperti apa yang dilakukan oleh musuh, nescaya Allah tidak akan memberikan kemenangan itu kepada kita"
 ~Nasihat Umar al-Khattab kpd Saad b Abi Waqas~




     siapa kita untuk tidak mahu menerima teguran. sedangkan Rasulullah pun ditegur dan berlapang dada malah memberitahu kepada umatnya bahawa aku telah ditegur oleh Allah.. betul & tidak dinafikan kadang2 kita susah u merima teguran bilamana kita merasakan diri kita sudah berada ditahap tinggi dari org lain.. tp ingatlah sahabat2 sikap itu adalah sikap mazmumah yang hanyalah datang dr bisikan syaita
n dalam hati kita.. kdg2 kita tidak nampak kelemahan yg perlu dibaiki dlm diri kita dan perkara itu dilihat oleh sahabat2 sekeliling kita, didalam Al-quran sendiri menyebut agar kita sesama umat islam saling nasihat menasihati dan saling tegur menegur demi kebaikan.. bersyukur & blapang dadalah jk masih ada yang sudi menegur agar kita memperbaiki kesilapan kita


     sedangkan kita sendiri tidak pernah datang usrah, kita sendiri tak pernah balas mesej naqib/naqibah, kita sendiri yang tak pernah support naqib/naqibah, bagaimana kita boleh memberi tuduhan yang usrah itu bosan, usrah itu tak best, nqib/nqibah tak kreatif n tak sporting????..... ALASAN!!!!


 
     kata2, tulisan2 kita mestilah seiring dengan kelakuan kita.. jgan sampai apa yang kita perkatakan dan apa yang kita tulis menjadi fitnah kepada diri kita akibat dr kita sendiri tidak melakukannya. hanya berkata2 dan menulis untuk mendapat pujian dan pandangan baik dari manusia.. cubalah berubah.. tidak secara drastik tak pe.. asalkan ada niat dan berusaha untuk berubah.. anda tahu tak cukup yang penting anda faham dan aplikasii.. sayang sumee.


     Dakwah islamiyah tlh mbentuk generasi terhebat dlm kalangan sahabat Rasulullah (kelompok yg besar). generasi ni tidak muncul lg selepas itu, hanya beberapa peribadi tertentu disepanjang sejarah. sedangkn Al-quran yg mjadi sumber dkwah dahulu msih bersama kita, hadith masih disisi kita. hanya yg mbezakn adlh peribadi Rasulullah shj yg tiada bersama kita. adakah itu alasannya?? ermm. kalaulah masalah wujudnya peribadi Rasulullah tu mjadi syarat mutlak dlm menegakkan dakwah ini & kejayaan usahanya, tentulah Allah x mjadikan dakwah ini meliputi seluruh manusia & x mjadikn Rasulullah perutusan terakhir serta x menyerahkan hal ini u diuruskan oleh manusia hingga keakhir zaman.. so, ini tidak bleh djdikn jawapan bg persoalan kegagalan dakwah di zaman ini


     


" orang-orang yang berkecimpung di medan da'wah lebih memerlukan qiamullail, kerana ia boleh menambah bekalan yang melimpah ruah. sebab itulah pada saat permulaan da'wah, Allah menganjurkan RasulNya untuk melakukan qiamullail, agar begindabersedia menerima amanah dakwah yang berat. (surah muzammil: 1-6). bangun di waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuatkan tekad dan keazaman, mengalahkan syaitan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. "
>>>terus melangkah dik... langkahmu memang tidak mudah, namun, percayalah, Allah sentiasa ada untuk kamu... sayang kamu kerana Allah ♥ ::: ^^
  ( nasihat dr seorang kakak)
zainab al-ghazali ada berkata
kita bukan mengejar masa yang bertahun2, puluhan tahun, ratusan tahun.itu bukan perkara penting dalam umur dakwah & umat.tetapi y penting ialah kita mesti bertahan di atas jalan kita dengan penuh keyakinan, kesejahteraan langkah & kejelasan pemikiran 


     KAU yang mengutuskan duga dan kau jugalah yang mengirimkan hampa.. namun padamu jua diadukan.. merebahkan keresahan dan tangisann.. keranaku tahu inilah kasihMU dan inilah juga cintaMU padaku












Saturday 28 July 2012

~Kutinggalkan dia kerana DIA…~


~Kutinggalkan dia kerana DIA…~

srikandi is awesome
by aiesyaa yamin on saturday, July 28, 2012 at 6:53pm

“Awak yakin tak Allah akan tarik balik hidayah yang Dia kurniakan jika kita cuba menafikan kebenaran yang Dia dah hadirkan dalam hati kita?”, begini aku memberi muqaddimah, cuba mengetuk pintu hatinya untuk menerima apa yang bakal kusampaikan. Jauh di lubuk hati berkali kupanjatkan doa moga Allah permudahkan.
“Dengan keyakinan & hidayah yang Allah kurniakan pada saya, saya ingin menjelaskan kedudukan kita sekarang. Moga iman kita sama-sama dapat menerima kebenaran ini”, kususun ayat selanjutnya dengan sebaik-baik dan selembut-lembut bahasa.
“Saya yakin awak masih ada perasaan sayang seperti dulu walaupun menyatakan kita cuma bersahabat & saya sendiri tak dapat menafikan perasaan itu (kebetulan pada ketika itu kami baru sahaja berdamai setelah konflik dingin tercetus sehingga menyebabkan dia berjauh hati). Kita cuba bina hubungan yang mengikut landasan Islam. Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotori pasangan dengan maksiat. Dalam surah Al-Isra’ ayat 32..Allah menegaskan: ‘dan janganlah kamu mendekati zina, sesunguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’. Kita cuba mengelak perbuatan zina. Mengelak zina mata & kaki dengan jarang berjumpa, elak zina tangan dengan tidak bersentuhan, elak zina telinga dengan jarang berhubung melalui telefon tetapi kita gagal mengelak zina hati dengan selalu merindui & mengingati antara satu sama lain..”, bicaraku semakin menghampiri isi utama yang ingin kusampaikan. Dan ketika ini, tidak ada lagi keraguan.
srikandi is awesome
“Saya tahu, seperti saya awak juga mengharapkan mahligai kukuh di sana, bukan bahagia sementara di sini. Tapi kita tak mungkin dapat mengecapi bahagia dengan asas yang jelas Allah murkai. Keluarga yang bahagia datang dari Allah tapi kita tak mungkin dapat pertolonganNya jika kita melangkah silap sejak awal. Dalam surah Al-Hijr ayat 39-40, iblis berkata: ‘Ya Tuhan, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka”, saat menuturkan kata-kata inilah teringat waktu-waktu indah menyulam kasih dahulu. Saling menasihati dan bertazkirah, saling mengingatkan solat, saling mengejut solat subuh, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya apalagi niatnya yang sudahpun dicemari & dikotori nafsu syaitan yang terus membuai.
“Rumah tangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan & keterlanjuran akan dihukum Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Sungguh saya tak nak ini yang berlaku pada kita. Andai kata benar awak jodoh saya & saya diciptakan untuk menjadi pendamping sepanjang perjuangan dakwah awak, pasti Allah akan menemukan kita semula dalam keadaan yang jauh lebih baik. Sungguh telah kering pena yang menulis pengaturan hidup kita. Telah tertulis dalam Luh Mahfuz siapa yang akan menjadi pasangan kita”, tanpa berpaling ke belakang, langkah kuteruskan. Hati kukuatkan berbekal satu keyakinan, janji Allah itu pasti. Dan jauh di sana, dia masih terus membatu. Memang kali ini aku mengharapkan dia sebegitu, seperti kebiasaannya lebih banyak berdiam kerana katanya berbicara hanya perlu.
“Dengan kekuatan iman yang Allah hidayahkan tuk menyelimuti hati yang rapuh, saya mohon kita berpisah dalam keadaan yang masing-masing redha & faham untuk kebaikan bersama. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 216: ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’. Moga selepas ini kita benar-benar mengecapi nikmat taubat yang tulen & kembali berjalan pada landasan redha Allah”, aku menitipkan kekuatan itu di sebalik lembut bicara kerana kutahu ia sukar baginya, sepertimana jua bagiku.
“Maafkan saya atas apa yang berlaku & membawa hati awak jauh hingga tahap ini… Kita ikhlaskan hati meninggalkan cinta kerana Allah & pasti yang lebih baik menanti di hadapan. Doa saya akan selalu bersama awak. Teruskan perjuangan awak ke jalan Allah dan terima kasih kerana mendidik saya mengenali kehidupan yang lebih muslimah. Dengan lafaz mulia, saya mohon mengundur diri. Assalamualaikum..”, begitu aku menyudahkan semuanya. Seperti mana aku selalu berpesan kepadanya, ‘kalau ditakdirkan kita berpisah kita berpisah secara baik seperti kita mulakan hubungan ini dengan cara yang baik dan pada ketika itu jangan ada benci antara kita’.
Peliknya tiada walau setitis airmata yang menitis saat kututup tirai cerita antara kami. Beberapa hari selepas itu, kuhubungi orang yang paling rapat dengannya juga ‘hakim’ yang paling kugeruni sewaktu berkawan dengannya, ibunya. Sepanjang hampir setahun kami berkawan secara serius, cuma sekali sahaja aku bertemu dengan wanita itu. Sememangnya telah kuniatkan akan menghubungi ibunya selepas meluahkan keputusanku padanya untuk mengakhiri hubungan kami, meminta ampun andai ada perubahan pada si anak yang membuatkan hati si ibu terusik selama dia berkawan denganku. Selama kami berkawan, dia tidak pernah menyatakan akan penerimaan ibunya pada perhubungan kami. Setahuku ibunya agak keberatan, maklum saja keluargaku jauh di seberang Laut China Selatan sana. Paling mengejutkan, beriya wanita yang melahir & membesarkan insan pertama yang bertapak di hati ini membela si anak sepertinya aku meminta kami berpisah kerana ragu dengan cintanya. Kujelaskan pada si ibu, keputusan itu kubuat lantaran terlalu menyayanginya, bukan kerana ada keraguan pada kesetiaannya walaupun saling berjauhan. Dan saat meluahkan keikhlasanku itulah baru kusedar aku bercakap separuh teresak, menahan rasa yang tiba-tiba menyesakkan dada. Setelah itu, barulah dia mengerti dan dia hampir-hampir turut terseret dalam emosiku. Ahh… Hanya wanita memahami isi hati wanita.

“Saya cukup yakin dengan ayat Allah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Allah tak pernah mungkir dengan janji-Nya”, begini kutitipkan bicara lewat SMS pada si ibu sebaik mengakhiri perbualan kami. Aku seolah-olah lebih rapat dengannya berbanding emak yang melahirkan kerana aku tidak pernah menyuarakan rasa hati sedalam ini pada emak. Maaf mak, bukan niat untuk meletakkan ibu lain di takhta hati ini kerana singgahsana itu hanya untukmu selamanya.
Kini telah hampir 7 bulan semua itu berlalu. Masih segar… Masih terasa hangatnya… Tiapkali kenangan itu menjengah di jendela sepi, serasa ingin robek empangan tubir mata menahan rasa yang membanjir. Aku juga insan biasa, dicipta punya perasaan. Tapi menyesali tidak sesekali. Moga ada manfaat dari sedikit perkongsian ini buat pembaca…
Kupanjatkan syukur, setinggi tinggi syukur atas kekuatan iman & hidayah yang Kau kurniakan. Didiklah aku, pimpinlah aku dalam menyuburkan rasa kehambaanku padaMu, Ya Rabb…
 

Friday 27 July 2012

~RATU SYAHADAH~

~RATU SYAHADAH~






Bismillahirrahmanirrahim...
kalau menjadi wanita,janganlah menjadi wanita yang menjadi racun kepada perjuangan ISLAM pemuda... yang menjadikan semangat jihad para pemuda semakin pudar.. namun, jadilah wanita yang sentiasa membakar semangat pemuda untuk terus mengizzahkan ISLAM ! ALLAHU AKRAM !

Besar sungguh peranan muslimat di situ. Namun,  kita sering dihangatkan bahawa wanita tidak mampu memimpin lelaki kerana arrijalu kowwamu a'la nisa'. ALLAH.. lupakah kita siapakah yang mula- mula menerima islam? lupakah kita siapakah yang pertama mati syahid dalam islam? lupakah kita siapakah yang berani menentang firaun laknatullah, manusia paling kejam dan zalim dalam sejarah penciptaan manusia?

suatu ketika,
Allah ilhamkan pada ku kisah seorang serikandi..
yang langkahnya sopan penuh tertib,
yang wajahnya halus mempersona,
yang cintanya kudus mendamaikan jiwa,
itulah dia...ASIAH BINTI MUZAHIM @>>--

ya hebatnya wanita andai berperanan imannya.

lembut bukan simbolik kelemahan kerana disebaliknya tersembunyi kekuatan. ketika risikan sang sultan menjengah kamar hati,diaju syarat demi iman yang disimpul mati.. sahabat muslimahku yang diredhai ALLAH.. hatta dalam apa jua keadaan, binalah ketegasan dalam diri mu..laksana Asiah ini.

duhai serikandi  asiah..

dirimu bunga bukan bunga biasa , tetapi bunga istimewa kebanggaan agama. cintamu bukan cinta biasa,tetapi cinta yang telah melunakkan hati firaun untuk menerima.. agar musa selamat dipangkuanmu  hingga dawasa.

duhai seikandi Asiah..

meskipun bersuamikan sang durjana,namun setiamu tak digugat olehnya. kerana islam mu bukan hanya pada nama , tapi terikat di lubuk hati tanpa tanda tanya. duhai sahabat muslimah yang ku cintai, kembalilah! kembalilah ! meraikan fitrahmu .. kembalilah mengangkat martabatmu ke puncak yang lebih tinggi..

doaku,
semoga ALLAH  pertemukan kita lagi di syurga.. berbahagialah bersama serikandi dunia, abadi menjadai bidadari di sana. perkanankan Ya ALLAH...

Saturday 14 July 2012

~sayang usrah~



~sayang usrah~

mula berkecimpung dalam usrah di bumi wataniah y byk mentarbiah jasad kerdil ini untuk lebih mengenali AL KHALIQ..  ahli usrah lahir dari insan - insan  biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. halakah yang bermula dengan 5,6 orang akhirnya berkembang... inilah hasilnya ------->> 


Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa'I (sedar) dan waqi'I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta'rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad'u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus, konsep 'amal jama'i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).
Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa'id Hawwa sebagai nizam al-da'wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila' (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH

~PERMULAAN MESKIPUN DALAM KETERPAKSAAN~


Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH



Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
  • Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
  • Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
  • Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
  • Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba' dan ahli.
Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:
  • Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam? Sejauh mana konsep al-ta'awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam? Sejauh mana ikatan dibentuk? Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?
Akhirnya marilah kita sama-sama membaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.
Dipetik dan diubah suai daripada risalah "Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiah Islamiah" oleh Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Pusat.

وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً
...Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 34)
 

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura