Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan
TEMA 1 PENGENALAN
KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN
1.1 Tajuk 1: Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara
Pandangan Umum ….barat
| Aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan & perkembangan ilmu,
kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan bolehlah
diertikan sebagai aktiviti persekolahan yang mempunyai objektif,
rancangan dan organisasi untuk. mendidik murid menjdi insan yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya
menyesuaikan diri dalam. masyarakat pada masa depan.
2) Usaha Utama Pendidikan;
| Memainkan peranan positif & berkesan dlm masyarakat. Agen untuk
menyebar dan
mengekalkan kebudayaan yang
sesuai dgn kemajuan dan pembangunan semasa.
Penting dalam menyediakan masy moden utk menghadapi cabaran kehidupan
dan
pembaharuan Boleh/mampu membuat pengubahsuaian demi memberi
sumbangan
untuk pembangunan masyarakat.
1.2 FUNGSI PENDIDIKAN DALAM ISLAM.
Nik
Aziz (1986) menyatakan Islam sebagai ad din, ia menyediakan panduan yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklan persoalan pendidikan.
Firman Allah yang bermaksud :
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di
dalam kitab Al-Quran itu." (Al An'am : 38 )
Turki Rabih (1982) menyatakan bahawa Islam
adalah agama dan negara,aqidah dan syariat. Justru, pendidikan Islam adalah
program untuk menuju kepada matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang
dan sepadu sama ada dari segi aqliah,rohani ,jasmani dan emosi.
Oleh
itu bidang pendidikan sewajarnya berupaya membentuk insan yang bersih kognitif
, personaliti, corak hidup,emosi, budi pekerti dan murni pergaulan sosialnya,
sehingga seorang itu boleh mengabdikan diri kepada Allah secara sepenuhnya
dalam semua urusan hidup.
Di
samping itu pendidikan juga sebagai suatu persediaan roh dan jiwa seseorang
untuk menerima pelajaran dan pengtahuan melalui cara yang dirancang. Ia
mengambil kira faktor asas untuk membena keupayaan menunaikan risalah dalam
hidupnya. Justeru, tujuan pendidikan berhasrat untuk melahirkan insan yang
salih, yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa untuk mencapai
keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Sehubungan
itu, Muhammad Qutb (1983) menjelaskan ciri-ciri kualiti insan yang salih adalah
seperti berikut,
a) Beriman kepada Allah dan membersihkan
dirinya daripada sebarang unsur syirik.
b) Melakukan amal salih dalam setiap aspek
kegiatan hidupnya
c) Berakhlak mulia sebagai bukti beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat.
1.3 TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk
akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia, kesejahteraan abadi
dan mendapat keredaan Allah di akhirat.
Hassan Langgulung (1986) menegaskan bahawa
segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi adalah
pendidikan menurut pandangan Islam dimana kelayakan manusia sehingga ia
dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa
seperti:
1. Fitrah : Semula jadi
manusia yang bersih daripada dosa.
2. Roh : Unsur yang
membezakannya daripada makhluk lain.
3. Kebebasan kemahuan : Dapat
menerima dengan kemahuannya sendiri amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh
makhluk-makhluk lain.
4. Akal : Membolehkannya
membuat pilihan betul atau salah.
Dengan demkian, tujuan tertinggi pendidikan
dalam Islam adalah untuk membina individu yang akan bertindak sebagai khalifah
atau sekurang-kurangnya menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan
tersebut. Dalam hubunagn ini, Haron Din dan Rakan-rakan (1985) menyatakan :
Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah
diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang
bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk
dilaksanakannya.
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memiliknya) maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, dan manusia
sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.
" ( Al Ahzab : 72 )
Kesimpulannya, pendidikan yang baik dan tulen
ialah pendidikan yang berteraskan pada konsep tauhid, kerana dengan tauhid
peribadi insan yang luhur dapat dibentuk, dengan paduan yang harmoni antara
ilmu, budi, jiwa dan amal salih akan menjadikan sains dan teknologi yang
menjadi asas pembangunan negara lebih terjamin manfaatnya kepada manusia dan
alam keseluruhannya.
1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
·
Pendidikan adalah merupakan proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah
al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan kearah
mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Mohamad Qatb
Pendidikan adalah
proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pndidikan
adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia
ke tahap kesempurnaan.
Dr. Mohd Athiyah
al-Abrasyi
Proses pmbinaan
tingkah laku manusia yg berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama
islam
Amal al-Shaibani
Untuk melatih
manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhrat.
Al-Ghazali (1058 –
1111)
Proses pendidikan
hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang
mulia , berani dan hormat-menghormati.
1.5 Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Timur;
Peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya
menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta
kepada pemerintah dan negara.
Confucius (551 – 479 SM) – ahli falsafah/pendidik
Ø Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini
boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang brsopan santun, bertimbang rasa,
ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda
serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.
Hamka
Ø Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku
yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang muia. (merendah diri,
sabar, mghormati orang tua/lain dsbnya)
Rabindranath Tagore (1861 – 1941) – ahli falsafah/penyair
Ø Proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran
sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan (fizikal, intelek, moral
dan kerohanian) dengan penuh bermakna. Pendidikan harus menjadi satu proses
yang hidup, dinamik serta realistik iaitu tidak semata-mata secar teori tetapi
dihubungkait dengan pengalaman kehidupan manusia.
Orang yang bependidikan seharusnya berfikiran cergas, saintifik,
bersih, berani dan bebas serta mendukung sikap nasionalisme yang ideal,
cekap untuk berkhidmat kpd masyarakat dan negara serta memiliki sikap
internasionalisme yang positif.
Sharifah Alwiyah Alsagoff
Ø Dalam bukunya Falsafah Pendidikan beliau menghuraikan
pendidikan sebagai suatu proses/aktiviti spr berikut:-
• Sebagai proses
persekolahan formal
• Sebagai proses
latihan
• Sebagai proses
perkembangan fizikal, intelek, sosial an emosi seseorang individu.
• Sebagai proses
indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayai apa yang
disampaikan.
• Sebagai proses
yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
• Aktiviti yang
bersepadu untuk mencapai matlamat spr memperolehi kemahiran,
pengetahuan dan
sikap dengan secara integrasi.
• Pendidikan
sebagai satu disiplin, seni dan sains.
Ahli-ahli pendidikan Islam berpendapat
bahawa pendidikan ialah suatu latihan atau bimbingan terhadap jasmani, rohani
dan akal bagi melahirkan manusia yang baik dan sempurna untuk berbakti kepada
Allah dan seterusnya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan kepada definisi yang
dikemukakan oleh para sarjana pendidikan Islam dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih aqliah,
jasmaniah, rohaniah manusia agar bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata
kepada Allah. Pendidikan Islam merupakan suatu pendidikan yang dibina
berdasarkan pemikiran dan kenyataan-kenyataan yang berlaku di sekeliling
manusia. Malah ia adalah pendidikan yang mengembalikan manusia kepada
penciptanya, bertujuan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.
1.5 Rumusan:
Pendidikan
adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan
fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang
individu. Menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya. Membantu dan
mendorongnya bertindak dengan cara
yang rasional bagi faedah diri serta
masyarakat, bangsa dan negaranya.
Sesungguhnya guru adalah
sebagai pendukung, pencorak, pembentuk dan pembina generasi di hari muka.
Dengan bebanan tugas seharian yang semakin bertambah dan rumit pada masa kini,
bidang kerjaya guru merupakan satu bidang yang amat mencabar. Namun demikian,
kita masih mempunyai rakan dan panduan dari Allah s.w.t untuk memohon bantuan
dan pertolongan kerana kerjaya perguruan adalah media dakwah untuk terus
memertabatkan nilai kemuliaan manusia .