Friday 7 September 2012

~PENGANTAR PENDIDIKAN ~




Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan

TEMA 1         PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN

1.1 Tajuk 1: Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara

Pandangan Umum ….barat
|  Aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan & perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan bolehlah diertikan sebagai aktiviti persekolahan yang mempunyai  objektif, rancangan dan organisasi untuk. mendidik murid menjdi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya menyesuaikan diri dalam. masyarakat pada masa depan.

2)    Usaha Utama Pendidikan;
|  Memainkan peranan positif & berkesan dlm masyarakat. Agen untuk menyebar dan
          mengekalkan  kebudayaan yang sesuai dgn kemajuan dan pembangunan semasa.
          Penting dalam menyediakan masy moden utk menghadapi cabaran kehidupan dan  
          pembaharuan Boleh/mampu membuat pengubahsuaian demi memberi sumbangan  
         untuk pembangunan masyarakat.

1.2 FUNGSI PENDIDIKAN DALAM  ISLAM.
     Nik Aziz (1986) menyatakan Islam sebagai ad din, ia menyediakan panduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklan persoalan pendidikan. Firman Allah yang bermaksud :
"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran itu." (Al An'am : 38 )
Turki Rabih (1982) menyatakan bahawa Islam adalah agama dan negara,aqidah dan syariat. Justru, pendidikan Islam adalah program untuk menuju kepada matlamat membentuk peribadi manusia yang seimbang dan sepadu sama ada dari segi aqliah,rohani ,jasmani dan emosi.
     Oleh itu bidang pendidikan sewajarnya berupaya membentuk insan yang bersih kognitif , personaliti, corak hidup,emosi, budi pekerti dan murni pergaulan sosialnya, sehingga seorang itu boleh mengabdikan diri kepada Allah secara sepenuhnya dalam semua urusan hidup.
     Di samping itu pendidikan juga sebagai suatu persediaan roh dan jiwa seseorang untuk menerima pelajaran dan pengtahuan melalui cara yang dirancang. Ia mengambil kira faktor asas untuk membena keupayaan menunaikan risalah dalam hidupnya. Justeru, tujuan pendidikan berhasrat untuk melahirkan insan yang salih, yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa untuk mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
     Sehubungan itu, Muhammad Qutb (1983) menjelaskan ciri-ciri kualiti insan yang salih adalah seperti berikut,
a) Beriman kepada Allah dan membersihkan dirinya daripada sebarang unsur syirik.
b) Melakukan amal salih dalam setiap aspek kegiatan hidupnya
c) Berakhlak mulia sebagai bukti beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

1.3 TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan (al-falah) di dunia, kesejahteraan abadi dan mendapat keredaan Allah di akhirat.
Hassan Langgulung (1986) menegaskan bahawa segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi adalah pendidikan menurut pandangan Islam dimana kelayakan manusia sehingga ia dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa seperti:
1. Fitrah : Semula jadi manusia yang bersih daripada dosa.
2. Roh : Unsur yang membezakannya daripada makhluk lain.
3. Kebebasan kemahuan : Dapat menerima dengan kemahuannya sendiri amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.
4. Akal : Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.
Dengan demkian, tujuan tertinggi pendidikan dalam Islam adalah untuk membina individu yang akan bertindak sebagai khalifah atau sekurang-kurangnya menempatkannya di suatu tahap menuju ke arah tujuan tersebut. Dalam hubunagn ini, Haron Din dan Rakan-rakan (1985) menyatakan : Manusia sebagai khalifah adalah berkewajipan untuk memikul amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Sifat khalifah yang digelarkan kepada makhluk yang bernama insan itu memang cocok dengan amanah yang diterima untuk dilaksanakannya.
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memiliknya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan. " ( Al Ahzab : 72 )
Kesimpulannya, pendidikan yang baik dan tulen ialah pendidikan yang berteraskan pada konsep tauhid, kerana dengan tauhid peribadi insan yang luhur dapat dibentuk, dengan paduan yang harmoni antara ilmu, budi, jiwa dan amal salih akan menjadikan sains dan teknologi yang menjadi asas pembangunan negara lebih terjamin manfaatnya kepada manusia dan alam keseluruhannya.
    1.4  PANDANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
·         Pendidikan adalah merupakan proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan kearah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Mohamad Qatb
*      Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pndidikan adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
*      Proses pmbinaan tingkah laku manusia yg berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama islam

Amal al-Shaibani
*      Untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhrat.

Al-Ghazali (1058 – 1111)
*      Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia , berani dan hormat-menghormati.

1.5 Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Timur;
Peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

*      Confucius (551 – 479 SM) – ahli falsafah/pendidik
Ø  Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang brsopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.

*      Hamka
Ø  Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang muia. (merendah diri, sabar, mghormati orang tua/lain dsbnya)

*      Rabindranath Tagore (1861 – 1941) – ahli falsafah/penyair
Ø  Proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan (fizikal, intelek, moral dan kerohanian) dengan penuh bermakna. Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik iaitu tidak semata-mata secar teori tetapi dihubungkait dengan pengalaman kehidupan manusia.

Orang yang bependidikan seharusnya berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas serta mendukung sikap nasionalisme yang ideal,  cekap untuk berkhidmat kpd masyarakat dan negara serta memiliki sikap internasionalisme yang positif.

*      Sharifah Alwiyah Alsagoff
Ø  Dalam bukunya Falsafah Pendidikan beliau menghuraikan pendidikan sebagai suatu proses/aktiviti spr berikut:-
•         Sebagai proses persekolahan formal
•         Sebagai proses latihan
•         Sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, sosial an emosi seseorang individu.
•         Sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayai apa yang    
          disampaikan.
•         Sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
•         Aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat spr memperolehi kemahiran,  
          pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
•         Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.


     Ahli-ahli pendidikan Islam berpendapat bahawa pendidikan ialah suatu latihan atau bimbingan terhadap jasmani, rohani dan akal bagi melahirkan manusia yang baik dan sempurna untuk berbakti kepada Allah dan seterusnya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
     Berdasarkan kepada definisi yang dikemukakan oleh para sarjana pendidikan Islam dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih aqliah, jasmaniah, rohaniah manusia agar bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Pendidikan Islam merupakan suatu pendidikan yang dibina berdasarkan pemikiran dan kenyataan-kenyataan yang berlaku di sekeliling manusia. Malah ia adalah pendidikan yang mengembalikan manusia kepada penciptanya, bertujuan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.


1.5    Rumusan:

     Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan
fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya. Membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara
yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.
    
     Sesungguhnya guru adalah sebagai pendukung, pencorak, pembentuk dan pembina generasi di hari muka. Dengan bebanan tugas seharian yang semakin bertambah dan rumit pada masa kini, bidang kerjaya guru merupakan satu bidang yang amat mencabar. Namun demikian, kita masih mempunyai rakan dan panduan dari Allah s.w.t untuk memohon bantuan dan pertolongan kerana kerjaya perguruan adalah media dakwah untuk terus memertabatkan nilai kemuliaan manusia .



No comments:

Post a Comment

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura