~Sahaja aku bermujahadah kerana ALLAH ta’ala..~
CINTA BIASA
Cinta yang bias dimilki oleh sesiapapun. Baik manusia dan
haiwan. Analogi…. “meow…” seekor kucing jantan bertompok – tompok di
badannya mengejar si kicing betina . galak buinyi ngiauannya. Lebih nyaring dan panjang daripada biasa. Mungkin
musim mengawan telah tiba.
Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita dan lelaki
saling tertarik dan itu perkara biasa. Apabila
ada sesuatu yang didengar dan dipandang yang dapat menarik pehatian seseorang , pekara
itu akan membuatkan orang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Malah
tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatanag; jantan dan betina… ini
cinta biasa….slurppp~
CINTA LUAR BIASA
Namun cinta luar
biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasanagn tersebut, atau sejauh mana
perhubungan cinta meeka diuji.
Wanita dan lelaki yang dibuai perasaaan cinta luar biasa ini
sanggup berkorban apa sahaja demi cinta.bahkan mereka cuba membuktikan pada
seisi dunia akan keluarbiasaan cinta mereka itu… akibatnya..??
Demi cinta, sanggup mengetepikan keluarga dan tinggal
bersekedudukan dengan si dia. Luar
biasa!
Demi cina, bayi sanggup digugurkan dan dikisar di dalam blender
. Luar biasa!
Demi cinta, hubungan cinta dan perkahwinan dibanjiri
kemewahan dan kekayaan yang melampau. Luar biasa!
Semua itu luar biasa. Ya!luar biasa yang membawa binasa.
Tanpa asaa agama maruah diri sanggup dikorbankan.
CINTA HIGH-CLASS
Wanita dan lelaki yang bercinta selepas berkahwin akan
saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan
dan agama pasangannya. Ini jauh luar biasa dan dikategorikan sebagai
cinta high class.
Jika belum menikah cinta menjadi high class apabila teruna
dan dara saling tinggi mujahadah. Fahami
si dia dengan cara yang benar serta
kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan
keprluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.jika di luara batas urusan ,
sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar2
perlu.
Dalam menilai antara keperluan dan kemahuan,mintalah fatwa
dari hati . hati yang sihat dan sejahtera dapat membezakan antara kebaikan
dengan dosa.kebaikan itu adalah perasaan tenang dalam hati.dosa itu pula adalah
perasaan was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah saat indahnya menahan
perasaaan cinta dan rindu kerana apabila
telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan.
Daripada al-nawwas bin sam’an r.a . baginda s.a.w. menjawab
apabila ditanya tentang kebajikan dan dosa,maksud-maksud nya : “ kebajikan itu
ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu
ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain
mengetahuinya.” ( riwayat Muslim)
A’la kulli hal, mawar dan kumbang secara semula jadinya
memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi.boleh jadi, kerana
perbezaan itu kita saling jatuh cinta.
Bagai botol dengan penutupnya ,electron dan proton, baju
dengan seluar dan sepasang selipar… lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. bukti saling
memerlukan ini akan menjadi “luar biasa”
dan high class jika diluapkan
pada insane istimewa nernama suami atau
isteri. Mengapa ia dipandang high class? … itu tanda mematuhi suruha ALLAH , tanda jauhi fitnah
dan tanda sebuah mijahadah @>> ----
Aiesyaa yamin. 8
June 2012. Jumaat. At home : teratak Yamini,kelantan
No comments:
Post a Comment