Manusia perlu
hibernasi
Assalamualaikum dan salam perjuangan..
Cuaca sejuk
yang sedang melanda bumi Moscow kini memberi keunikan yang tidak terdapat di tanah air sendiri.
Hibernasi
memberi gambaran yang mana sesuatu
makhluk terutama haiwan akan tidur dan
mmencilkan diri di dalam sarang mahupun
tempat tinggalnya untuk tidur ketika musim sejuk.
Tetapi
bagaimana pula hibernasi bagi manusia? Adakah manusia juga berhibernasi?
Bagaimana keadaan mereka tidak makan dan minum
dalam tempoh beberapa bulan.
Mungkin
kita belum sampai ke tahap itu. Namun , terdapat bebrapa kajian dijalankan bagi
membolehkan manusia berhibernasi seperti
seperti dilakukan oleh Pusat
Kajian Kanser Fred Hutchinson di Seattle, Amerika Syarikat.
Mereka menggunakan cacing dan tikus
makmal sebagai bahan ujian terhadap hidrogen sulfida hingga menyebabkan metabolisma mereka menjadi sangat perlahan dan seakan
mati.
Namun,
setelah diberikan udara biasa iaitu oksigen,haiwan uji kaji tersebut kembali
normal dan hidup seperti biasa tanpa sebarang kesan sampingan.
Itu
merupakan antara peringkat awal kajian yang mereka lakukan dan ternyata
teknologi untuk hibernasi manusia
mungkin masih jauh.
Namum,
jika kita merujuk kembali kepada sejarah hibernasi manusia, ia berlaku bukanlah seperti haiwan. Sebaliknya, kita
Cuma berehat daripada perkara yang
mengusutkan dan memberi peluang kepada diri untuk berehat.
Kisah
nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh, semasa baginda mahu diangkat menjadi
nabi,baginda memencilkan diri di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira.
Baginda
cuba manjauhkan diri daripada masyarakat Arab Jahiliah yang sememangnya telah rosak seperti melakukan pembunuhan kanak-kanak dan sebagainya.
Itu
adalah contoh hibernasi yang terbaik untuk manusia,berehat daripada sesuatu
perkara yang boleh membuatkan manusia
itu berfikir sebelum melakukan sesuatu
tindakan.
Pelbagai
cara boleh dilakukan seperti keluar dari
kepompong kehidupan biasa dan pergi
mencari ketenangan,merehatkan minda yang kusut dengan pelbagai masalah
dan sebagainya.
Komputer
yang digunakan pun perlu berehat, kereta yang digunakan seharian juga perllu
rehat. Begitu juga manusia perlu berehat bukan sahaja dari segi fizikal,bahkan
juga mental.
Wallahua’lam.
9.12.2012 ahad
No comments:
Post a Comment