~BERHALA MODEN~
12.12.2012,rabu
Misi utama Rasulullah
s.a.w adalah untuk menghapuskan semua
berhala yang meracuni minda manusia. Baginda datang untuk membebaskan manusia daripada akidah dan ideologi yang
sering kali memperhambakan manusia, dan mengajak mereka untuk tidak menyembah
sesuatu pun selain Allah s.w.t.
Berhala
ialah simbol tuhan palsu. Ia dicipta oleh iblis dan menyerupai bermacam-macam
bentuk. Berhala pernah berbentuk batu seperti Lata dan Uzza. Ia juga pernah
berbentuk penguasa yang kuat seperti Firaun dan Namrud. Pada zaman ini, berhala
sudah berbentuk duit (wang).
manusia menyembah duit sama ada mereka
sedar atau tidak sedar. Duit menjadi motivasi dan penggerak semua aktiviti
manusia masa kini. Manusia belajar kerana duit. Manusia bekerja bertungkus
lumus untuk mendapatkan duit. Duit berkuasa membuatkan seseorang tertawa
mahupun menangis.
Kerana
duit, sebahagian manusia rela melepaskan imannya. Kerana duit, mereka rela
menjual diri dan memutuskan silaturrahim. Sungguh rugi orang yang menjadi hamba
duit.
Nabi
s.a.w . pernah bersabda yang bermaksud, “celakala hamba dinar,hamba dirham dan
hamba pakaian. Jika diberi, gembira, jika tidak diberi, tidak gembira”.
(riwayat al-bukhari)
Sebagai
umat Muhammad s.a.w., kita mesti sedar hakikat ini. Jauhkan gaya hidup yang
meihat wang sebagai penentu segala-galanya. Kita bukan hamba wang, kita ialah
hamba Allah s.w.t. kita mencari wang kerana ia satu alat dan cara untuk
menjalankan kewajipan kita sebagi hamba Allahs.w.t.
Wallhua’lam.
.::. A’la kulli hal, dalam usaha mengukuhkan
ekonomi keluarga, jangan pula anak-anak dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment