Sambungan: ~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG
JALAN DAKWAH~
FASAL KEDUA
Sebab-sebab keciciran
Sebab-sebabnya banyak, sama ada berhubung
dengan:
|
Gerakan
|
Anggota Individu
|
Faktor-faktor luar
Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan:
1. Kelemahan sudut tarbiyyah
Tarbiyyah dalam gerakan jama’ah
merangkumi aspek tarbiyyah yang 7;Ruhiyah, Harakiyah, Siasiyah, Badaniyah,
Kendiri, Thaqafiah, Kekeluargaan Islam
Tubuh harakah akan menjadi lemah menurut
kadar kelemahan tarbiyyahnya
Semua ahli anggota harakah samada
pimpinan (qiyadah) atau barisan pejuang (jundiyyah) mesti mengikut tarbiyah
biar betapa sibuk atau dalam apa juga keadaan sekalipun. Pendapat beberapa ahli
bahawa tidak perlu mengikuti program tarbiyah hendaklah ditolak, dalam falsafah
dakwah sesorang itu pasti akan diuji dan fitnah senantiasa melanda hati manusia,
justeru benteng pertahanan yang kukuh amat penting dalam menghadapi situasi
ini.
hubungan individu dengan harakah
hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan Islam. Harakah
merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat)
adakah kita boleh kita mencari dua
kepentingan serentak dalam harakah iaitu kepentingan diri dan kepentingan
Islam?
Seseorang lelaki berkata kepada
Rasulullah saw; aku mengambil sikap untuk melakukan sesuatu hanya semata-mata
kerana Allah, dan aku mahu supaya Allah melihat tempatku (negeriku). Rasulullah
tidak menjawab apa-apa sehingga turun firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat
110.
Rasulullah saw pernah bersabda, ` Aku
paling takut berlaku keatas umatku syirik dan keinginan nafsu yang
tersembunyi…mereka tidak menyembah matahari, bulan atau patung, tetapi mereka
memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan yang tersembunyi
sehingga apabila salah seorang dar mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh
nafsunya dengan sesuatu keinginan maka dia meninggalkan puasanya itu’
Betapa hebatnya godaan nafsu dan betapa
pentingnya keikhlasan kita dalam beribadat kepada Allah…. justeru melalui
sistem tarbiyah yang baik mampu menghasilkan ahli yang paham akan tujuan dan
peranannya dalam gerakan jama’ah itu sendiri..InsyaAllah
2. Tidak meletakkan seseorang ditempat
yang sesuai
proses pemilihan tugas yang sesuai untuk
seseorang tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa ataupun secara mendadak.
Tabi’i marhalah(peringkat) yang akan dilalui perlu dikaji terlebih dahulu, daya
dan keupayaan yang diperlukan pada setiap marhalah perlu ditentukan.
Kegagalan mengenal pasti keupayaan akan
menyebabkan kegagalan dalam persediaan bantuan, seterusnya akan berlakunya
kecacatan. Kecacatatan yang membesar akhirnya mengancam `amilin (barisan pekerja)
dan juga`amal (kerja) itu sendiri.
terdapat beberapa contoh dalam buku yang
menceritakan kesan pabila kuasa harakah itu diserahkan kepada orang yang bukan
ahlinya
3. Tidak membahagikan kerja kepada
anggota
pembahagian ini penting bagi mengelakkan
kelemahan dikalangan ahli. Realiti sebenar, harakah mempunyai ramai ahli namun
pada kebiasaanya bukan semua ahli yang diberi tugas.
harakah perlu mengetahui kecenderungan
ahli-ahli, manakala ahli pula perlu bertanggungjawab dan bergerak aktif dengan
tidak mengambil kira kerja dan kedudukannya.
ada sesetengahnya hanya memberikan
tugasan kepada peringkat muda, natijahnya peringkat tua (yang dikatakan lebih
matang dalam gerakan) menjadi semakin renggang dengan harakah. Kerenggangan
mungkin disebabkan oleh kesibukan dan mungkin juga kesilapan harakah memilih
tugas yang tidak sesuai untuk mereka.
4. Tidak mengambil berat hal ahli
ketiadaan perhatian terhadap kedudukan
ahli dan suasana mereka juga faktor kejatuhan ahli dari harakah. Setiap
individu punyai gaya berbeza, cabaran dan permasalahan masing-masing yang
sekiranya dikongsi mampu meringankan bebanan serta mewujudkan keyakinan serta
kepercayaan dalam jama’ah. Cabaran & kesusahan dalam da’wah tidak akan
menjadi ringan/ hilang kecuali dengan keikhlasan sebenarnya kepada Allah dan
adanya perasaan ukhuwwah.
layanan sama rata dalam gerakan jama’ah
perlu diamalkan dalam apa jua keadaan antara persediaan (ahli), kepimpinan dan
pengganti (ahli yang bakal menjadi pimpinan)
Sabda Rasulullah saw: bandingan
orang-orang mu’min dalam kasih sayang dan kasihan belas mereka antara satu sama
lain samalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggotanya mengadu
sakit maka seluruh anggota yang lain turut berjaga malam dan merasai sakit.
5. Tidak menyelesaikan masalah dengan
segera
masalah senantiasa melanda kehidupan
seharian manusia. Adakalanya masalah itu dianggap remeh, namun pabila
dibincangkan mengambil masa yang lam auntuk diselesaikan dan mungkin juga
menimbulkan masalah baru. Adakalanya pula masalah itu dianggap besar tetapi
hanya memerlukan sepatah kata ’maaf’ ataupun satu ziarah bagi menyelesaikannya.
Ada juga yang sebaliknya..pastinya setiap masalah itu ada jalan penyelesaian.
Perbincangan yang segera membolehkan
masalah tersebut diseleasikan dengan segera dan mengelakkan natijah-natijah
buruk sekiranya masalah tersebut berleluasa.
masalah yang tidak diselesaikan segera
mungkin akan mendatangkan masalah lain yang lebih kronik
6. Pertikaian dalaman
faktor yang paling bahaya, menjadi faktor
pemusnah & peruntuh harakah, menimbulkan suasana pertengkaran sehingga
melambatkan gerak kerja sekaligus menarik campur tangan pengaruh luar.
antara contoh yang berlaku pada zaman
Rasulullah saw adalah pertikaian yang timbul antara puak ’Aus dan Khazraj
setelah mereka dihasut oleh orang yahudi. Orang yahudi yang berasa sakit hat
melihat keakraban puak ’Aus & Khazraj, telah menceritakan sejarah lampau
tentang perang ”buath” yang berlaku antara dua puak ini. Setelah itu, mereka
saling bermarah-marahan. Pabila Rasulullah saw mendapat berita tentang kejadian
ini, baginda mengingatkan mereka adakah mereka masih bersama seruan jahilliyah
ataupun seruan Allah, akhirnya mereka sedar & bermaaf-maafan semula.
Firman Allah: Ali-Imran 100-105
7. Pimpinan tidak layak
Antara faktor-faktor penyumbang:
kurangnya kemampuan berfikir dikalangan
pimpinan, tidak dapat memenuhi kehendak pemikiran ahli. Namun ada juga yang
berupaya disudut pemikiran sahaja, namun lemah disudut yang lain
kelemahan dalam pentadbiran, dimana tidak
memaksimumkan kebijaksanaan & kemampuannya dalam mentadbir, serta
mengabaikan kaedah-kaedah asas pentadbiran yang perlu
Disini juga diselitkan sifat-sifat yang
perlu ada pada pimpinan
1. mengenali da’wah
2. mengenal diri
3. mengambil berat tentang ahli
4. teladan yang baik
5. mempunyai pandangan yang mantap
6. keazaman yang kuat
7. daya tarikan semulajadi
8. penuh yakin