~siapa yang tidak cemburu ?~
~hamba ALLAH yang penyayang~ |
by aiesyaa on Friday, 26 August 2011
at 22:59 ·
hati milik siapa tak
terketuk dek hub yang lembut itu? berkasih sayang, ingin disayangi dan
menyayangi. iya. keluar sahaja rumah boleh dikira berapa ramai yang berhijab,
bukan yang berhijab sekadar menutup apa yang perlu, tetapi berhijab menutup apa
yang wajib. sudahlah berhijab kurang sempurna ditemani pula adam di sebelah
memimpin erat tangan gadis sunti itu. diri ini tidaklah se'alim mana, itulah..
siapa yang tidak cemburu? siapa yang tidak cemburu melihat pasangan berkasih
bermesra, berpegangan tangan, keluar masuk pasaraya, shopping bersama.. melihat
sang wanita tampak cantik, indah, sang jejaka pula tidak kurang segaknya.
subhanallah.. sempurna..
kadang terjenguk juga
melihat status2 perkembangan rakan sebaya yang dulu sama2 menuntut di sekolah..
ada yang kelihatan berjaya dari segala segi tak kurang yang makin jauh dari
ilahi. astaghfirullah..
"sayang, terima kasih
sebab teman abang hujung minggu lepas. :)" status rakan di facebook. ah.
hati terdetik cemburu. subhanallah. perasaan yang indah itu disalah ertikan.
tidak kena waktu. lalu aku pujuk hati yang bernanah cemburu tidak menentu.
wahai hati sayang.. bukankah lagi manis bila ungkapan itu diungkap tika diri
benar-benar halal buat zauj tercinta. aku tersenyum. iya. pasti aku temani
zaujku di hujung minggunya, melayan segala keinginannya. bukankah itu yang
dituntut syara'? besar ganjaran buat isteri yang ta'at pada suaminya. lantas
terubat duka di hati.
"honey u look
gorgeous today" hati perempuan mana yang tidak suka akan kecantikan?
sedangkan allah itu cantik dan suka akan kecantikan. nafsu sembilanku sering
berperang dengan iman. kadang iman serasa ingin mengalah. menyungkur jatuh
pendirian yang baru dibaja di dalam diri. ah. bukan aku tidak boleh tampak
cantik. hanya perlu kena pada tempat. iya. akan ku berhias seindah mampu
menunggu kepulangan zauj tercinta di bait kami. hanya untuk yang layak. hanya
untuk imam solatku dan solat mujahidin cilikku. islam itu syumul. lengkap serba
serbi. tidak juga menghalang naluri wanita yang suka berhias.
"i miss you"
aku tersenyum lagi. terasa jengkel akan ungkapan itu. namun jauh di sudut hati
aku cemburu. siapa tidak cemburu? si kekasih menyatakan rindu, pasangannya
menyahut dengan ungkapan puitis mengatakan kasih. kalau halal tidak mengapa.
ini tidak. aku sedih. siapalah nanti bakal memimpin ummah kalau bakal2 pemimpin
kini sudah tenggelam lemas dalam arus maksiat. allahuakbar. aku cuba mengubati
cemburu membunuh ku itu. ku tegaskan dalam diri. rindu ini harus menjadi milik
nan Esa. agar suatu hari rindu ini bertemu dengan pemilik rindu yang
benar-benar layak.
bukan remajalah aku kalau aku kata aku tidak
ada sekelumit rasa cemburu. bukan aku seorang yang tidak berperasaan cuma aku
menunggu saat paling sempurna dan yang pasti diiringi redhaNya. insyaAllah.
suatu saat, aku pasti disatukan denganmu wahai zauj. aku tidak berharap kau
sempurna kerna aku juga punya ratusan kekurangan. aku tidak cantik di mata
dunia kerna aku ingin tampil cantik di mata Esa. aku tidak akan pernah berhenti
berdoa, memohon kita dipertemu di bawah naungan kasihNya. dan aku pasti. kau
juga cemburu melihat rakan yang berkasih tanpa ijab qabul yang sah di luar
sana. :) ah. tidak mengapa. masa kita pasti tiba dan insyaallah bersama
ridhaNya.. amin
No comments:
Post a Comment