Thursday 5 April 2012

~USRAH PENYATU UKHUWAH~

     ~USRAH PENYATU UKHUWAH~

srikandi islam
Tips Menceriakan Kumpulan Usrah 

Usrah ialah satu platform untuk kita janakan ukhuwwah dankefahaman kita bersama ahli-ahli kumpulan usrah tentang Islam. 2 item yang diboldkan itu mesti diusahakan untuk dicapai oleh para nuqaba', barulah usrah akan benar-benar berkesan kepada mereka yang menyertainya. 

Di dalam mendapatkan 2 elemen tersebut, kumpulan usrah yang ceria dan segar sangat perlu dibina dan diwujudkan. Ianya bagi memastikan proses give and take antara mad'u dan naqib berjalan dengan baik. Berikut ialah tips yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada naqib bahkan mungkin boleh sahaja untuk ahli-ahli usrah gunakannya untuk membantu menceriakan kumpulan usrah anda:
1 - Menghayati apa yang disampaikan dengan reaksi wajah dan bahasa badan yang kena kepada isi yang disampaikan. Sebagai contoh, berikan senyuman ketika isi penyampaian yang bermesejkan kegembiraan :)

2 - Mengucapkan 'terima kasih' kepada setiap ahli kumpulan usrah yang memberikan pandangan, sebagai tanda kita menghargainya. :)

3 - Banyakkan sentuhan antara anda dengan ahli kumpulan usrah anda seperti menyapa lututnya (jika anda duduk bersila di sampingnya) untuk mempersilakannya memberikan respon. :)

4 - Sentiasa memberikan kata-kata yang positif dan pujiansesama ahli usrah dengan fokuskan kepada kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Untuk ini, kita perlu menguasai rukun ta'aruf dan rukun tafahum dengan sebaiknya :)

5 - Menambah nilai dan kreativiti pengisian kumpulan usrah anda dengan aktiviti-aktiviti bermodul menggunakan alat bantuan tambahan seperti kertas A4, laptop, straw atau apa sahaja yang difikirkan sesuai. :)

KECEK BDASARKE PENGALAME ORE KATO..EHEE
usrah>> untuk mentarbiah, kita perlu ditarbiah <<

No comments:

Post a Comment

لإاله الإ الله

recharge our iman

glitter mouse

sakura