~kau mahu bicara tentang cinta ?~
![]() |
~HAMBA ALLAH YANG PENYAYANG~ |
by aiesyaa on Saturday, 28 May 2011
at 02:42 ·
baik di mana2 . dalam
apa sahaja waktu . apa yang sering aku dengar, apa yang sering aku lihat,
semuanya berkait tentang cinta. iya. cinta itu fitrah. satu fakta alam yang tak
dapat disangkal. cinta halal atau tidak ? aku pernah khilaf, dan aku tidak mahu
kau ulang khilaf aku itu.
saat bila atau di mana
yang dinamakan jatuh cinta? saat kau baru berkenalan dengan si dia? saat kau
kerap menerima panggilan dr si dia? berpesanan ringkas yg bertali arus? dilayan
bagai dihargai? saat dia menambah satu persatu dosa di dalam diri kamu. saat di
mana kau mula percaya serta yakin akan bisikan syaitan 'ya.. dialah jodoh
kamu..jgn sesekali lepaskan dia..' subhanallah. saat mana yang dipanggil jatuh
cinta? saat di mana pada satu ketika tangan gagah itu bersalaman dengan wali
kita, mengungkap janji qabul memegang AMANAH dunia yg dibawa tanggungjawaban
itu hingga ke akhiratNya kelak. saat itu barulah layak kita jatuh cinta. ramai
yang mengaku SUKA, tetapi kenapa tidak bertemu ibu ayah, tidak berSEDIA? jadi
layakkah kamu berCINTA? iya. aku pernah khilaf, dan aku tidak mahu kau ulang
khilaf itu.
Rindu .
engkau rindu ? rindu
itu sunyi bukan ? sunyi dari sebarang layanan. baik belaian, perbualan,
pesanan. itu rindu zahir yang cinta insan cipta. tapi bila kau rindu Rab mu.
kau mahukan kesunyian itu. sunyi yg membawa kau menangis mnyesali segala
kecurangan cinta ke arah murkaNya. aku akui. pada mulanya rindu yang cuba aku
pupuk itu masih tetap rindu dari cinta insan. dan masih. rindu itu belum
sepenuhnya pudar. aku akan berusaha. bukan mudah tetapi insyaAllah.
merindui Rab bakal aku raih. iya. aku pernah khilaf, dan aku tidak mahu kau
ulang khilaf aku itu.

![]() |
~HAMBA ALLAH YANG PENYAYANG~ |
No comments:
Post a Comment