~INI CERITA HATI~
~aiesyaa yamin~ |
by aiesyaa on Saturday, 24 September
2011 at 21:50 ·
syukur padaNya hati
ini masih lagi berdetak.. berdetak mendayukan lagu yg hanya aku dan Dia sahaja
tahu.. aku tahu hati milik ini gelap hitamnya, mungkin tiada lagi warna
kemerahan padanya.. allah.. tenat sungguh hati milik hambaMu ini..
kononnya cinta dari
lelaki itu aku sambut.. tapi aku tidak sedar cinta itu menambah luka yg dalam
pd hati. berbalas2 pesanan ringkas, panggilan telefon, bertukar2 gambar ..
astaghfirullah.. malunya aku.. iya.. pada masa itu kelihatannya aku yakin itu
namanya BAHAGIA. tp maha suci allah, Dia dtgkan bermacam masalah, dugaan hati,
tiap rancangan ingin bertemu ada sahaja aral yg mendatang. allah PELIHARA
hambaNya!! sayang sungguh Dia pd hambaNya, cuma tika itu aku yg BUTA..bukan
kami tidak cuba untuk berbaik, berdamai.. hanya dalam beberapa jangka masa kami
berbaik, kemudian kami bertelingkah.. akhirnya.. PUNAH.. si lelaki fikir kami
tiada persefahaman. aku MEMBANTAH ! aku bilang aku FAHAM akan dia. aku juga
buntu, di mana SILAP? kenapa pasangan lain BAHAGIA tapi tidak aku ??
menangis dan terus
menangis. penat. iya. aku penat. hati aku KOSONG. luaran aku terSENYUM, tp hati
aku.... saat itu, sahabat menghampiri.. diusir pergii airmata palsu PENYEMARAK
api neraka.. dihulurkan pada aku kitab2 cinta suci.. dia kata 'sayang.. Allah
cemburu melihat kau berkasih dengan yg lain selainNYa.. Allah dtgkan ujian ini
hanya untuk kamu, yg benar2 layak..percayalah.. PERCAYALAH.. cinta insan buatmu
pasti tiba, akan tetapi raihlah cintaNya terlebih dahulu..' Allah.. kurniakan
sahabah aku itu syurga.. dia memimpin aku ke jalan cinta yg benar.. dia tidak
menarik ganas tgnku mahupun menolak kasar aku ke jalan ini.. tapi dia lakukan
segalanya dengan HIKMAH. HIKMAH.. LEMBUT.. aku sayang kamu wahai sahabah..
sayang..
lalu aku merangkak..
IYA. aku tahu jalan yg bakal aku ambil ini SUSAH. manakan tidak. saban hari
hidup aku tidak pernah berenggng dengan handset, SMS, CALL, MMS.. tp dengan
tiba2, tiada apa yg tinggal. TIADA. handset aku sepi. cuma sesekali ada SMS dr
sahabah, manghantar kata semangat membenih cinta kepadaNya.. aku harus TABAH.
tipu jika nafsu tidak pernah membisikkan kata rindu palsu itu, tipu jika
syaitan tidak pernah menghasut agar kembali ke jalan BAHAGIA lama ku itu. TIPU.
tp aku tahu.. aku punya IMAN yg cuba aku semai.. walaupun masih kecil,
kekuatanya itu tak tertanding.. kerana aku mula YAKIN. YAKIN akan cintaNya..
terima kasih allah. saban hari aku terus berdoa ' ya Allah.. titipkan pada
hati2 kami SakinahMu.. sesungguhnya Kaulah maha pemberi sakinah.. '
suatu hari.. lelaki
itu menghantar khabar cuba untuk berbaik..aku juga keliru, mungkin ini benar2
kurniaNya padaku atau sekadar ujian hati.. aku sahut perkhabaran itu.. ya. dia
ingin berbaik.. TIDAK! aku tidak akan terpedaya lagi. cukup sekali itu. allah..
kekuatanNya aku pinjam, menahan beban getaran hati yg mula tidak menentu.
antara HALAL dan HARAM. DERITA sementara atau BAHAGIA yg sementara. aku kemukakan
syarat.. andai niat baiknya itu BENAR, aku akan tunggu jalan halal itu tiba.
itu janjiku..
segala puji buatMu.. aku masih cuba untuk
UTUH. dan tidak akan lupa untuk memohon doa agar SAKINAH dan KEKUATAN itu
sering bersamaku meredah jalan DERITA yg sementara ini.. Allah.. terima kasih
Allah.. wahai hati sayang.. bersabarlah.. dengan izinNya aku akan cuba mengusir
noda2 hitam pdmu sayang.. kita WAJIB terus gagah demi BAHAGIA selamanya itu..
insyaallah.. amin..
~hamba ALLAH yang penyayang~ |
No comments:
Post a Comment