~zauji~
~hamba ALLAH yang penyayang~ |
zauji..
by aiesyaa on Friday, 2 September 2011 at 20:49 ·
salam 'alaik zaujku..
aku tidak tahu kamu siapa, di mana, atau apa rupamu.. akan tetapi aku akan
sering berdoa agar kamu memiliki iman yang sihat.. itu janjiku..
sayang,
maafkan aku jika iman
aku tidak segagah imanmu.. maafkan aku jika dahulu cinta milik diri ini pernah
aku cemarkan.. kononnya mencintai adam, tanpa nikah yg sah.. aku mohon beribu
kemaafan.. andai cinta darimu juga pernah tercemar, aku memaafkanmu seikhlas
hatiku.. aku tahu iman kamu berperang hebat dengan nafsu.. nafsu remaja.. dan
aku yakin kamu telah sedar kerna Allah maha memberi petunjuk.. andai kamu belum
tersedar, ku akan terus terusan berdoa agar kamu diberi hidayah dariNya..
ketahuilah cinta kita hanya layak buatNya..
sayang,
aku juga ingin mohon
beribu kemaafan andai 'aurah aku dahulu pernah mnjadi tatapan ajnabi..
sungguh.. bukan tiada kesedaran dalam diri.. cuma aku membutakan hati, aku
kurung imanku agar aku tampak cantik setanding rakan rakan sebayaku di luar
sana.. maaf.. aku khilaf.. bukan para waliku tidak memberi teguran, para
pendidik tidak mencurahkan 'ilm ke dalam kotak hati ini.. Allah.. jahilnya aku
bila kebenaran ada tetapi masih memilih jalan yg sesat.. aku mohon maaf ya
sayang ? insyaallah.. kini aku cuba sedaya upaya menjaga 'aurah ku. iya.. hanya
layak untuk yg layak iaitu kamu wahai zaujku.. aku harap kamu juga seperti aku,
menitikberatkan soal 'aurah walaupun 'aurah kaummu tidak sebanyak 'aurah
kaumku.. hal kecil ini terkadang boleh mnjadi remeh.. doaku tidak putus buatmu
wahai suamiku.. jangan risau, kamu boleh menjadi macho dengan seluar
pendek(short) yg rakan rakan kamu pakai di luar sana apabila di bait indah
kita.. hehe..
zauji,
aku ingin sekali
menjadi makmummu, meng-aminkan tiap doa yg meniti di bibirmu, bertahajjud
bersama mencari cintaNya.. iya.. bukan aku tidak mampu melakukannya sendirian..
cuma, sudah pasti kamu tahu bahawa gnjrn berjema'ah itu lebih banyak berbanding
fard.. tambahan lagi, kekuatanku akan bertambah untuk bangun dari nyenyak tidur
yg lena di sepertiga malam bersamamu berbanding dikejutkan oleh alarm telefon..
ruku' dan sujud beriringan.. menangis meneyesali zunub kita..
habibi,
aku harap kamu sedang persiapkan diri kamu
meraih cintaNya kerna aku juga begitu.. andai dahulu kita pernah curang
terhadap cintaNya, biarlah kini cintaNya adalah yg utama.. berdoalah,
memintalah.. nescaya Dia akan perkenankan.. jika kau mengharapkan kecantikanku,
maaf kerna kecantikanku tidak sebanding akhawat di luar.. jika kau mengharapkan
kemegahan keturunanku, maaf sekali lagi kerna aku dari usrah yang tiada nama,
dan jika kau mengharapkan hartaku, aku mohon ratusan kemaafan kerna aku tidak
punya harta melainkan iman yg cuba aku perbaiki dari saat ke saat, dan juga
jika kau menikahiku kerna agamaku.. maka ketahuilah bahawa kaulah pelengkap
agamaku.. bersama kita mencari ridhaNya, menuju jannahNya bersama bakal 'ulama
zuriat kita.. amin.. itu doaku.. aku tunggu saat yg telah ditetapkanNya saat
kau dan aku disatukan di bawah kasihNya.. insyaallah.
No comments:
Post a Comment