ya qalb,
Wahai Isteriku, semoga Allah sentiasa merahmatimu.. Pesanan ikhlas daripada
Abang untuk dirimu yang bergelar isteri..
Sayangku, sesungguhnya...
-Semakin meningkatnya usia kita, maka semakin dekatlah kematian menjemput
kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin jauhlah kita daripada masa
lampau kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin matanglah pemikiran kita.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita
kepada manusia lainnya.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah soalan yang akan
diajukan kepada kita oleh Allah Azza Wa Jalla di Yaumul Qiamah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin bertambahlah juga amanah dan
tanggungjawab kita kepada suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
-Semakin bertambahnya usia kita maka semakin hampirlah kita kepada hari yang
dijanjikan Allah iaitu Yaumul Zalzalah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin banyaklah catatan amalan
daripada Malaikat Roqib dan Atid petugas Allah.
-Semakin bertambahnya usia kita, maka semakin dekatlah masa penantian
Malaikat Izrail Alaihissalam menjemput kita.
Oleh itu isteriku, dengarlah nasihat daripada suami mu ini...
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya kebaikanmu kepada
Allah, maka ketahuilah kamu telah jauh kepada Allah.
-Sekiranya usiamu bertambah tetapi tidak bertambahnya Iman, ilmu serta
amalan takwa mu kepada Allah, maka ketahuilah hidup mu tiada makna.
Demikian itu isteriku...
Jagalah beberapa perkara ini, biar seiring dengan usiamu,
-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu
pasti Qona'ah.
-Perbanyakkanlah membaca al-Quran n maknanya, kerana dengan membaca al-Quran
hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan
perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat
dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah
buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia
sampailah ke Jannah.
-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada
Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh
kepada Allah.
-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan
menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di
Mahkamah Allah.
-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah
padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai
isteri yang taat dan patuh.
-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla,
kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta dijaga Allah.
(Ihfazillah Yahfazka)
-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu
serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah!
-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan
silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada
dibelenggu musuh.
-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu
sebagai bekalan menuju Allah di Yaumul Qiamah.
-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah az-Zahrah
iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia
adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah
sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
"Ya Allah jadikanlah hubungan kami hubungan yang mesra dan indah,
yang boleh melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,
di dunia dan di yaumul qiamah, agar kami dapat memasuki Jannah-Mu ya
Allah." Amin!
"Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, bertambahnya
Iman dan amalan untuk mendekatkan diri kepada Yang di Kasihi Iaitu Robbul
Izzati dan Rasulullah yang Dirindui "
Selamat Hari Jadi Wahai Isteriku!
Ikhlas Dari Suamimu
Wednesday, 11 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment