~KKP ANA, ANALISA JUZ AMMA PPISMP 2.04 IPG KPI
SURAH AL –KAUTHAR
menurut pendapat majority ulama’surah ini adalah surah
makiyyah,tetapi al-Hassan ‘Ikrimah dan Qatadah pula berpendapat ia adalah surah
Madaniyyah. Ini juga adalah pendapat ibnu Kathir.
Nama surah
Surah ini dinamakan al-kauthar kerana ia dimulakan dengan
firman Allah yang ditujukuan kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu firmannya yang bermaksud : “sesungguhnya kami telah
memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga .”
yakni bermaksud kebaikan yang banyak serta berterusan di dunia dan
akhirat,antaranya sungai al –kauthar yang terdapat dalam syurga.
Kandungan surah
Surah makiyyah ini
membincangkan tentang tiga perkara utama iaitu :
1.
Keterangan tentang kelebihan
rahmat Allah dan pemberianNya kepada nabi dengan mengurniakan kepada baginda
kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat,antaranya sungai al-kauthar yang ada
di dalam syurga.
2.
Memerintahkan nabi dan
umatnya supaya sentiasa mengerjakan sembahyang dengan ikhlas dan menyembelih
binatang korban sebagai tanda syukur kepada Allah.
3.
Menyampaikan berita gembira
kepada nabi dengan kemenangan ke atas musuh-musuhnya dan kerugian serta
kehinaan menimpa mereka lantaran mereka tercantas daripada setiap kebaikan di dunia
da di akhirat.
Sebab turun surah
Al-Bazzar dan perawi
yang lain dengan sanad yang sahih telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas
berkata : pada suatu ketika Kaab bin al-Asyraf dating ke mekah,orang Quraisys
bertanya kepadanya “anda adalah ketua mereka? Apakah pendapat anda terhadap
orang ini(Muhammad) yang terputus berkat dan keturunan dari kaumnya dan dia
menganggap dirinya lebih hebat daripada kami, sedangkan kami adalah keluarga
yang kerap mengerjakan haji,sentiasa member minum kepada para hujjaj dan
pemegang kunci ka’bah”. Ka’ab menjawab : “kamu lebih baik daripadanya” lalu turun ayat yang bermaksud :
“sesungguhnya orang yang membenci kamu wahai Muhammad dialah yan terputus” ( al-kauthar 108:3)
Ibn Abi Syaibah dalamm al-musannaf dan Ibn al-munzir telah
menampilkan riwayat daripada Ikrimah
katanya : “Muhammad orang yan terputus berkat dan tidaklah berketurunan
berbanding kita, lalu turunlah ayat : ‘sesungguhnya
orang-orang yang membenci engkau wahai Muhammad dialah yang terputus’
Ibn Hatim telah
mengajukan riwayat daripada al-suddi, katanya : “orang quraisys berkata apabila
anak lelaki mati terputus keturunan si polan”. Apabila anak lelaki nabi
s.a.w m eninggal dunia,lantas al-Asi bin
Wa’il berkata: “ Muhammad telah terputus ( tidak lagi berketurunan )” lalu
turun ayat berkenaan. Al –baihaqi telah
mengeluarkan dalam al-Dala’il , hadith yang sama daripada Muhammad bin ali dan
menamakan anak lelaki yang meninggal itusebagai al-Qasim. Menerusi Mujahid
berkata: “diturun kan kepada al-Asi bin
Wa’il , di mana beliau berkata : aku akan mengejek Muhammad (dengan ejekan
‘batar’)
Tafsir dan ulasan
Firman Allah yang bermaksud : “ sesungguhnya kami telah
memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga” kami memberikan banyak kebaikan
kepadamu sehingga sampai ke kemuncaknya,antaranya sebuah sungai di dalam
syurga. Allah menjadikannya sebagai tanda penghormatan kepada Rasulullah s.a.w
dan umatnya.kurnia ini merupakan jawapan
kepada pihak musuh yang merendah-rendah dan memperkecil-kecilkan nabi . sifat-sifat
mulia dan anugerah ini membezakan baginda dengan sifat yang bertentangan iaitu
nakhil,kufur dan munafiq yang ada pada orang kafir.
Firman Allah yang bermaksud : “ maka dirikanlah solat
kerana tuhanmu dan berkorbanlah”. Oleh kerana kami telah kurniakan kepada
engkau (wahai Muhammad) banyak kebaikan di dunia dan akhirat,contohnya sungai
al-kauthar,maka lantaran itu, berterusanlah dalam mengerjakan sembahyang yang
wajib dan sunat. Tunaikanlah solat dengan penuh ikhlas kerana Allah. Justeru,
hanya Allah yang membalas,mengosoh dan memberikan nikmat-nikmatnya kepada
kamu.perkara ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “ katakanlah
sesungguhnya solatku, ibadshku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,tuhan
semesta alam, tiada sekutu baginya dan
demikianlah itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang
pertama-tama menyerah diri kepada Allah” . (al-an’am,6 162-163)
Sikap seperti ini tidak sama dengan sikap golongan musyrikin
yang menunaikan sembahyang dan berkorban bukan kerana Allah. Lantaran itu Allah
memerintahkan nabi supaya bersembahyang dan berkorban hanya kerana Allah
semata-mata. Sikap ikhlas baginda bertentangan dengan perbuatan orang munafiq
yang hanya bersikap riya’.
Qatadah ‘Ata dan Ikrimah berkata : “bahawa maksud sembahyang
di sini ialah sembahyang hari raya dan meyembelih binatang kerana korban”.
Ibn Kathir berpendapat,maksud sembelih yang sebenarnya
ialah menyembelih binatang kerana
beribadat selaras dengan hadith al-Barra’ bin ‘Azib menurut al-Bukhari dan
Muslim : rasulullah s.a.w sembahyang hari raya kemudian baginda menyembelih
binatang korban dan bersabda :
من صلى
صلاتنا ,ونسك نسكنا,فقد أصاب النسك,ومن نسك قبل الصلاة فلا نسك له
Sesiapa sembahyang seperti sembahyang kamimenyembelih
korban seperti sembelihan korban kami, sesungguhnya mereka memperolehi ganjaran
pahala korban dan sesiapa yang menyembelih korban sebelum sembahyang,maka tidak
ada pahala untuknya.
Lalu Abu Bardah bin Dinar bangun dan berkata : “wahai
Rasulullah , sesungguhnya aku telah menyembelih dua ekor kambing sebelum
mengerjakan sembahyang dan aku mengetahui hari ini adalah hari orang gemarkan
daging” nabi berkata “kambing kamu itu adalah kambing daging (bukan korban)”
beliau berkata: “saya ada seekor lagi unta yang sngat saya sayangberbanding
dengan dua ekor kambing tadi,sekiranya disembelih (untuk korban) apakah ia
boleh memenuhi tujuan korban untukku.” “ia boleh memenuhi tujuan korban untukmu
sahaja dan tidak untuk orang lain selepas kamu”.
PEDOMAN HIDUP DAN HUKUM HAKAM
Surah ini membincangkan beberapa perkara berikut,iaitu :
1.
Allah telah memberikan
kepada nabi Muhammad s.a.w banyak kebaikan hingga sampai kepada
kemuncaknya,antaranya sungai al-kauthar di dalam syurga , sepertimana yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Mualim,Ahmad,al-Tarmizi daripada Anas.
2.
Allah memerintahkan nabi
Muhammad s.a.w. dan umatnya supaya menunaikan sembahang (yang wajib dan sunat)
dengan ihklas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah,tanpa mensyirikkanNya
dengan yang lain.mereka juga diperintahkan menyembelih binatang korban untuk
dihadiahkan kepad fakir miskin di sekitar masjid al-Haram. Ibadah daging korban
dan ibadah yang lain mestilah khusus untuk Allah sahaja.
3.
Sesungguhnya orang yang
membenci nabi dan syariat yang dibawa olehnya daripada Allah adalah orang-orang
yang tercantas daripada mendapatkan dua kebaikan di dunia dan diakhirat. Mereka
tidak meninggalkan sebarang tanda peninggalan sejarah yang bererti untuk
diingati yang boleh didengar selepas mereka mati. Justeru mereka tidak beriman
dengan risalah kebenaran dan tidak melakukan sesuatu kebaikan semata-mata
kerana Allah.
No comments:
Post a Comment