~GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG
JALAN DAKWAH~
FASAL PERTAMA
Gejala keciciran di zaman Rasulullah
Tabi’e semasa zaman Rasulullah saw manusia boleh memilih
sama ada Islam ataupun Jahiliyyah, dan mereka menghalang seseorang itu untuk
keluar daripada barisan Islam. Mereka menentang sesiapa sahaja yang cuba
memecahkan barisan, mencanggahi pimpinan, siasah dan jama’ah mereka.
Namun, realitinya kini, gerakan Islam tidak lagi sama
dengan jama’ah Islam, ertinya keluar
daripada gerakan Islam tidak bermakna keluar dari agama (murtad). Jema’ah Islam
kini hanya dianggap semata-mata jama’ah tidak lebih dari itu. Tabi’e kedudukan
gerakan Islam kini memberi ruang kepada anggotanya keluar meninggalkannya tanpa
merasakan dirinya bersalah dan berdosa.
Kisah 1: Kisah Ka’ab bin Malik
Sejarah pemulauan mereka yg tidak menyertai peperangan tabuk
Ka’ab bin Malik (Ka’ab dipulaukan selama 40 hari kerana
tidak mengikuti peperangan Tabuk.)
Murarah ibn Ar-Rabi’
Hilal ibn Umayyah
Menurut Ibn Hisham dlm kitabnya
“Orang-orang munafik tidak ikut serta dlm perang tabuk.
Demikian juga tiga orang dr orang Islam. Rasulullah SAW setibanya di Madinah
mengatakan kpd para sahabatnya ` Sekali-kali jgn kamu berckp dgn salah seorg
dari mereka yang bertiga itu.”
Peperangan Tabuk
semasa itu keadaan panas, melibatkan perjalanan yang jauh
dan bilangan musuh yang ramai
ketika itu hasil tanaman sedang masak di Madinah
berpihak kepada kemenangan orang Islam
Pedoman:
Ka’ab mempunyai kekuatan fizikal & kemampuan pada ketika
itu. Namun tidak turut serta dalam peperangan tersebut.
Sikap Ka’ab yang bertangguh dalam membuat persediaan telah
menyebabkan dia tertinggal daripada menyertai peperangan tersebut. [semangat
& cita-cita yang utuh amat penting dalam perjuangan ini demi menangkis
serangan dalam diri yang ada ketikanya lemah]
Ka’ab berlaku benar & jujur ketika berhadapan dengan
Rasulullah setelah baginda pulang dari Tabuk. [kebenaran itu tetap di
utamakan..berkata benar walaupun pahit]
Ka’ab merasakan seperti seluruh penduduk bumi menolak mereka
(Ka’ab, Murarah & Hilal). Rasulullah saw tidak menjawab salamnya. [hebatnya
balasan yang Allah berikan]
Surat jemputan yang diterima from Raja Ghassan yang mengajak
Ka’ab datang ke negerinya setelah dipulaukan oleh penduduk Madinah. Ka’ab
membakar surat tersebut, kerana dia sedar orang-orang musyrik sedang ingin
mempengaruhinya.
Ka’ab memohon ampunan dan bertaubat. Setelah taubatnya
diterima, Ka’ab berjanji senantiasa berkata benar dan ingin sedekahkan semua
hartanya kepada gerakan Islam namun dinasihatkan oleh Rasulullah saw hanya
seperdua daripada harta tersebut.
Kisah 2: Kisah Hatib Abi Balta’ah
Sejarah kebocoran rahsia dan pengkhianatan
Hatib menulis sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy
tentang persiapan dan tujuan keberangkatan Rasulullah saw dan diserahkan kepada
seorang perempuan. Perempuan tersebut menyimpan surat tersebut dalam
sanggulnya. ‘Ali berjaya mendapatkan surat tersebut daripada perempuan itu.
Apabila disoal oleh Rasulullah saw, Hatib menyatakan dia
masih mempunyai seorang anak & isteri berada bersama dengan kaum Quraisy
dan semua ini dilakukan untuk kebaikan anak & isterinya. Rasulullah saw
memaafkan Hatib
Firman Allah swt: Surah Al-Mumtahanah ayat 1-4 (Jangan
mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai teman setia)
Kisah 3: Masjid Dirar
Orang-orang Munafiqin dari kalangan orang-orang Islam cuba
pecahbelahkan barisan Islam dengan pembinaan masjid yang zahirnya menunjukkan
rahmat namun hakikatnya memecahkan orang-orang Islam. Rasulullah saw
memerihtahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. Antara lain masjid ini
didirikan untuk menyaingi masjid Quba’.
Berlaku semasa Baginda sedang berangkat menuju ke Tabuk di
kawasan bernama Zi Awam. Surah Al-Taubah ayat 107
Kisah 4: Hadithul Ifik
[ahlul ifki = pendusta-pendusta]
Tuduhan & tomahan orang-orang Munafiq dan penduduk
Madinah untuk menjatuhkan Rasulullah saw. Kisah tuduhan ke atas `Aisyah selepas
peperangan menentang Bani al-Mustaliq. `Aisyah tertinggal daripada rombongan
semasa keberangkatan pulang ke Madinah kerana mencari kalongnya yang terjatuh
semasa membuang air. Aisyah dibawa pulang ke Madinah dengan menunggang unta
yang ditarik oleh Ibn Ma’tal. Umm al-Mukminin `Aisyah difitnahkan `berbuat
jahat’ dengan sahabat Nabi. Surah an-Nur
ayat 11 hingga 16.
Kisah 5: Peristiwa Abu Lubabah
Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah saw mengepong Bani Quraizah
selama 21 hari, ini menyulitkan merekan dan menyebabkan merekan berasa takut.
Setelah yakin Rasulullah saw tidak akan kembali tetapi akan bertempur dengan
mereka, Ka’ab Ibn Asad mencadangkan 3 cadangan kepada kaum Yahudi:
kita ikut Rasulullah saw [tidak setuju sebab masih berpegang
teguh dengan Taurat]
kita bunuh anak-anak & isteri kita, kemudian kita
perangi Rasulullah saw, supaya tiada bebanan yang kita tinggalkan kemudian
nanti [mereka tidak bersetuju dan mencadangkan untuk bunuh golongan miskin yang
tidak mendatangkan kebaikan]
menyerang Rasulullah secara mengejut pada malam Sabtu
[mereka juga tidak bersetuju kerana menjaga kehormatan hari Sabtu, tidak mahu
ditukar rupa menjadi binatang seperti yang yang berlaku kepada golongan
terdahulu]
Setelah berbincang namun tiada keputusan dapat dicapai,
mereka menghantar utusan kepada Rasulullah saw supaya Baginda menghantar Abu
Lubabah Ibn `Abdul Munzir supaya masalah mereka boleh diselesaikan.
Setibanya Abu Lubabah disana, semua lelaki bangun berdiri,
kanak-kanak dan perempuan menghampirinya dengan tangisan, menyebabkan Abu
Lubabah berlembut hati. Pabila ditanyakan adakah lebih baik kami mengikut hukum
Muhammad, Abu Lubabah menyatakan ya, kemudian mengisyaratkan tangannya ke
tengkoknya (yakni mereka akan disembelih).
Abu Lubabah menyedari yang bahawa beliau telah mengkhianati Allah dan
RasulNya, maka beliau dengan segera meninggalkan tempat itu dan mengikat
dirinya di salah satu tiang masjid. Beliau tidak akan meninggalkan tempat itu
sehinggalah Allah mengampuninya. Abu
Lababah berada dalam keadaan terikat selama 6 hari, setiap kali waktu solat,
isteri beliau akan melepaskan ikatan tersebut, selepas solat beliau mengikat
dirinya semula. Setelah taubat beliau diterima oleh Allah swt, turunnya wahyu
diwaktu Zuhur, beliau mahu Rasulullah saw yang melepaskan ikatan tersebut.
Wahyu yang turun mengenai pengkhinatan Abu Lababah surah
Al-Anfal ayat 27.
Kesimpulan fasal pertama:
peristiwa keciciran diperingkat permulaan Islam adalah
terbatas. Kebanyakannya menyedari kesilapan dan segera bertaubat ( benteng
daripada pemahaman akidah yang mantap)
kesucian niat, tujuan yang betul, keaslian sumber dan
kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan adalah amat penting
hukuman yang dapat menghalang berleluasanya gejala keciciran
adalah pabila seluruh anggota ja’maah menolak sama sekali sesiapa yang keluar
dan menentang jama’ah
No comments:
Post a Comment